anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MISI PERDAGANGAN FRANCAIS MALAYSIA KE PHNOM PENH, KEMBOJA DAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FRANCHISE MALAYSIA IN PHNOM PENH, CAMBODIA

image

PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Satu Misi Perdagangan Francais ke Bandar Phnom Penh, Kemboja bersama 5 syarikat francais terkemuka di Malaysia yang telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 3 hingga 6 Disember 2023 bertempat di Bandar Phnom Penh, Cambodia.

Delegasi ini turut dihadiri bersama Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila binti Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric Yeo dan wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA), MATRADE. Antara 5 syarikat francais terkemuka tempatan yang terlibat dalam Misi Perdagangan Francais ke Phnom Penh itu terdiri daripada syarikat Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan MyeongDong Topokki.

KPDN optimis bahawa syarikat-syarikat yang menyertai Misi Perdagangan ke Phnom Penh, Kemboja akan mendapat hasil bagi pulangan pelaburan kepada negara. Ia adalah selaras dengan sasaran potensi pelaburan yang ditetapkan sebanyak RM29 juta bagi kesemua 5 syarikat yang menyertai misi perdagangan ini.

KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 70 jenama di 80 buah negara. Misi Francais Malaysia di Phnom Penh, Kemboja merupakan platform terbaik untuk usahawan-usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan francais ke pasaran strategik di rantau ASEAN.  

Oleh: Unit Komunikasi Korporat