anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DAN KERJASAMA MENGEKSPORT PRODUK MALAYSIA KE LUAR NEGARA BERSAMA PASAR RAYA LULU MALAYSIA 2023

image

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023 – YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Kerjasama Mengeksport Produk Malaysia ke Luar Negara bersama Pasar Raya LuLu Malaysia 2023 bertempat di LuLu Hypermarket & Department Store Capsquare, Kuala Lumpur.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 mengetengahkan konsep Pemerkasaan Produk Tempatan menerusi Industri Peruncitan Tempatan dimana kempen ini merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosi barangan buatan tempatan serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja bagi menyokong dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kerjasama antara KPDN dan Pasar Raya LuLu Malaysia dalam menyokong inisiatif ini dengan mengeksport produk buatan Malaysia ke Pasar Raya LuLu di luar negara yang mana memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk merancakkan jualan produk mereka bukan sahaja di pasar raya tempatan malah turut menembusi pasaran luar negara. Dianggarkan sebanyak 600 produk tempatan yang dieksport telah berjaya mencatat jualan sebanyak 3 juta unit produk setakat November 2023 daripada hampir 80 Syarikat Tempatan (Malaysia) melalui pasar raya LuLu di 7 buah negara iaitu Pasar Raya LuLu Negara Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dan India.

Secara rumusannya, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 yang telah dijalankan ditambah pula dengan inisiatif kerjasama mengeksport produk malaysia ke luar negara ini sememangnya sangat membantu dalam meningkatkan jumlah permintaan terhadap barangan tempatan di dalam negara mahupun di luar negara. Tambahan pula kerjasama dengan pasar raya antarabangsa seperti Pasar Raya LuLu Malaysia sangat membantu dan mengalakkan produk tempatan (Malaysia) menembusi pasaran luar negara di tujuh (7) buah negara.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat