anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 HARGA RUNCIT MINYAK MASAK SAWIT TULEN DALAM BOTOL KEKAL

image

PUTRAJAYA, 8 DISEMBER 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited dalam membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah.

 Bagi menangani isu ini, beberapa langkah proaktif telah di ambil oleh KPDN dalam membantu rakyat melalui inisiatif-inisiatif yang telah digagaskan oleh Kerajaan MADANI. Antara inisiatif tersebut antaranya adalah mengekalkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023.

Mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksima yang ditetapkan oleh kerajaan, individu tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta dikenakan penalti denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.

Kerajaan akan terus memantau dan melaksanakan penguatkuasaan serta turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran aduan di portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Oleh: Unit Komunikasi Korporat