anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 WALKABOUT SEMPENA BERKUATKUASANYA SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BARU CINA 2024

image

Turun padang YBrs. Tuan Peter J. Berinus Agang, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dengan mengadakan sesi walkabout di pasaraya H&L Supercenter, Kuching Sentral, Kuching Sarawak bagi meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2024 yang mula berkuatkuasa dari 6 Februari 2024 hingga 14 Februari 2024 di peringkat Negeri Sarawak pada 6 Februari 2024.

SHMMP Tahun Baru Cina 2024 akan berkuatkuasa selama Sembilan (9) hari meliputi empat (4) hari sebelum perayaan, (1) hari semasa perayaan dan empat (4) hari selepas perayaan. Sebanyak 11 jenis barangan harga terkawal yang akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP TAHUN BARU CINA 2024 adalah seperti berikut:

    1. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
    2. Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor);
    3. Babi hidup;
    4. Daging babi (perut);
    5. Daging babi (daging dan lemak);
    6. Kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing);
    7. Ubi Kentang Import (China);
    8. Bawang putih;
    9. Halia tua import;
    10. Lobak putih import; dan
    11. Lobak merah ;

SHMMP Tahun Baru Cina 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Tahun Baru Cina 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.

KPDN Sarawak telah mengerakkan 189 pegawai Penguat Kuasa dan 97 Pegawai Pemantau Harga di lokasi strategik seluruh Negeri Sarawak bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaan di pasar awam, pasar basah dan pasaraya. Pemantauan dijalankan bagi mengesan ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpatuhan oleh peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundangan yang dtetapkan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat