anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 TINJAUAN SEMPENA PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2024

image

KUANTAN, 8 FEBRUARI 2024, KHAMIS – Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh telah mengadakan lawatan turun padang di sekitar Kuantan, Pahang bagi membuat tinjauan di lapangan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 yang berkuat kuasa bermula 6 Februari sehingga 14 Februari 2024.

Tempoh pelaksanaan adalah selama 9 hari iaitu 4 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 4 hari selepas perayaan.

Tujuan utama tinjauan dilakukan adalah bagi memastikan semua pihak terutama para peniaga dapat mematuhi harga-harga barangan yang telah diwartakan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

Sebanyak 11 jenis barangan yang diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 dan senarai barangan bagi adalah seperti berikut:

  1. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
  2. Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor);
  3. Babi hidup; IV. Daging babi (perut);
  4. Daging babi (daging dan lemak);
  5. Kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing);
  6. Ubi kentang import (China);
  7. Bawang putih;
  8. Halia tua import;
  9. Lobak putih import; dan
  10. Lobak merah

Pada masa yang sama, seramai 2,200 orang anggota Penguat Kuasa KPDN bersama- sama 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN di seluruh negara telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi memastikan pelaksanaan skim ini dilaksanakan dengan lancar dan telus.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat