anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 WALKABOUT PROGRAM JUALAN RAHMAH (PJR) RAMADAN PERINGKAT PARLIMEN RASAH, NEGERI SEMBILAN

walkabout program jualan rahmah pjr ramadan peringkat parlimen rasah negeri sembilan original

SEREMBAN, 23 MAC 2024, SABTU - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah meluangkan masa dengan turun padang melakukan sesi walkabout di Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan peringkat Parlimen Rasah yang diadakan di Garden Homes, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sejak bermulanya bulan Ramadan pada 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjur sebanyak 192 Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan di seluruh negara termasuk 20 siri di Negeri Sembilan.

Program ini akan berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan dengan sasaran sebanyak 450 siri di seluruh negara meliputi kesemua 222 kawasan Parlimen.

Melalui PJR Ramadan, orang ramai berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan harian dengan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain barangan kering yang ditawarkan dalam Program Jualan RAHMAH yang dianjurkan sepanjang tahun, PJR Ramadan juga menawarkan keperluan barangan basah untuk juadah berbuka puasa dan bersahur.

Pada masa yang sama, YB Menteri turut melakukan sesi happy hour dan cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang hadir. Seterusnya, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan Bakul RAHMAH kepada warga Parlimen Rasah yang memerlukan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat