KUALA LUMPUR, 28 MAC 2024, KHAMIS- YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Bakul RAHMAH dan Bantuan Hari Raya bersama-sama penggiat-penggiat seni tanah air bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.
Pada majlis ini, YB Menteri telah menyerahkan Bakul RAHMAH tajaan 99 Speedmart serta sumbangan bantuan hari raya bernilai RM50,000 daripada FMT Media untuk diserahkan kepada 50 orang penggiat-penggiat seni yang terpilih.
Bantuan hari raya ini merupakan salah satu inisiatif di bawah FMT Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Karyawan Malaysia dalam usaha membantu pengiat-penggiat seni dari golongan berpendapatan rendah
Penganjuran majlis hari ini bertujuan memberi penghormatan dan penghargaan kepada 50 orang penggiat seni kreatif yang telah lama bergiat di dalam industri seni tanah air.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat