anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 LIBAT URUS BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PENGANGKUTAN KENDERAAN DARAT BARANGAN BAGI PERSEDIAAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN FLEET CARD SKDS 2.0

libat urus bersama pemain industri pengangkutan kenderaan darat barangan bagi persediaan pelaksanaan penggunaan fleet card skds 20 original

PUTRAJAYA, 23 APRIL 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini telah mengadakan sesi libat urus bersama industri pengangkutan dan syarikat pembekal minyak bagi mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli persatuan pengangkutan darat. Ianya bagi menyegerakan permohonan fleet card dengan syarikat minyak yang dipilih untuk memastikan syarikat-syarikat kenderaan pengangkutan barangan dapat menikmati subsidi yang disediakan apabila Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel kelak.

 Selain itu, libat urus ini diadakan adalah bagi memaklumkan persetujuan Kerajaan untuk menambah bilangan syarikat minyak pembekal daripada dua kepada tiga syarikat di dalam Sistem MySubsidi Diesel berkuat kuasa serta merta. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada syarikat minyak pembekal dan industri pengangkutan.

Pelaksanaan pemberian diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah dilaksanakan Kerajaan kepada syarikat pengangkutan darat awam menerusi kaedah fleet card. Awalnya pelaksanaan ini hanya melibatkan sepuluh (10) jenis kenderaan namun Kerajaan bersetuju pelaksanaan SKDS 2.0 ini diperluaskan kepada sembilan (9) jenis kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia melibatkan jenis kenderaan seperti berikut:

  • Lori Rigid – Kargo Am (ii)
  • Penggerak Utama (iii)
  • Lori Rigid – Luton/ Kotak (iv)
  • Lori Rigid – Tangki Air (v)
  • Lori Rigid – Minuman Botol (vi)
  • Lori Rigid – Refrigerated (vii)
  • Lori Rigid – Tangki Tepung (viii)
  • Window Van (ix)
  • Panel Van

KPDN komited untuk memastikan segala data dan proses transisi ke arah pelaksanaan penyasaran subsidi dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kesan langsung yang paling minimum kepada rakyat secara keseluruhannya.

Oleh: Unit Komunikasi korporat