anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 MENGIKTIRAF PEMBANGUNAN MALAYSIA MADANI MELALUI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024

mengiktiraf pembangunan malaysia madani melalui anugerah harta intelek negara 2024 original

PETALING JAYA, 26 APRIL 2024, JUMAAT – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyampaikan ucaptama perasmian Majlis Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 (HHIN 2024) seterusnya menyempurnakan penyampaian Anugerah Harta intelek Negara 2024 kepada para pemenang bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam penghasilan harta intelek yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara bertempat di Menara MyIPO PJ Sentral, Petaling Jaya, Selangor.

Anugerah Harta Intelek Negara ini meliputi 5 Kategori dimana Anugerah Platinum di bawah kategori Pembangunan Lestari Harta Intelek merupakan anugerah tertinggi diikuti oleh Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Karya Lestari, Anugerah Milenial dan Anugerah Permata serta pada tahun ini, MyIPO telah mendapat penglibatan seramai 260 penyertaan daripada kategori individu, syarikat swasta dan badan kerajaan.

Bersempena sambutan HHIN2024 kali ini, MyIPO menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh sebulan bermula 24 April hingga 23 Mei 2024 bagi menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan serta untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melindungi hak harta intelek mereka.

Turut hadir sama,YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar-Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) YBhg. Datuk Azman bin Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBrs. Tuan Ts. Dr. Mohd Zuhan bin Mohd Zain- Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia, YBrs. Tuan Kamal bin Kormin-Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat