KOTA BHARU, 8 Jun 2024, SABTU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan Majlis Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH dan Kad Meriah Borong MYDIN kepada peniaga makanan yang menawarkan Menu RAHMAH, di MYDIN Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.
Objektif majlis penyerahan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha makanan mendaftar Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH bagi membolehkan peniaga makanan menikmati diskaun khas di pasar raya MYDIN. Pelaksanaan diskaun khas kepada pengusaha Menu RAHMAH ini merupakan private driven initiative yang dilaksanakan oleh pasar raya MYDIN.
KPDN merakamkan penghargaan kepada pihak pasar raya MYDIN kerana bersama-sama KPDN melaksanakan program seumpama ini dalam mempromosikan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kepada orang ramai.