anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 Sesi Libat Urus KPDN Bersama Pengusaha Stesen Minyak di Kelantan

sesi libat urus kpdn bersama pengusaha stesen minyak di kelantan original

KOTA BHARU, 7 JUN 2024, JUMAAT – Bahagian Kawal Selia Petroleum, Sektor Barang Kawalan dan Subsidi (SBKS)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Bersama pengusaha stesen minyak di Kelantan. Majlis yang dihadiri lebih 150 orang pengusaha ini disempurnakan oleh YB Menteri PDN dan turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi KPDN.

Pada masa yang sama, YB Menteri turut  melancarkan OPS KESAN 2.0 yang akan berkuatkuasa bermula Sabtu, 8 Jun 2024. OPS KESAN 2.0 akan dilaksanakan sebagai persiapan bagi menghadapi pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Fokus penguatkuasaan di bawah OPS KESAN 2.0 adalah untuk memastikan tidak berlaku elemen pencatutan terhadap harga barang dan perkhidmatan dengan mengguna pakai alasan pelarasan harga runcit diesel di stesen-stesen minyak. KPDN akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan sepenuhnya berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat