anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT DAN CSR BERJUMLAH RM30,000 KEPADA BEBERAPA MASJID DAN RUMAH KEBAJIKAN SEMPENA PROGRAM BIJAK BELANJA PENGGUNA DAN JUALAN RAHMAH MADANI

whatsapp image 2024 06 21 at 104711 original

PULAU PINANG, 20 JUN 2024, KHAMIS - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Prgram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM25,000 dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM5,000 kepada beberapa masjid dan rumah kebajikan sekitar Pulau Pinang.

Sumbangan WZK yang disampaikan kepada lima buah masjid dan sumbangan CSR kepada sebuah rumah kebajikan berjumlah RM5,000 setiap satu ini telah disempurnakan oleh YB Senator Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sumbangan telah disampaikan kepada Masjid Lama Sungai Bakap, Masjid Jamek Kampung Besar, Masjid Sungai Kechil, Masjid Jamek AS-Salam Padang Lalang, Tasek, Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah dan Pertubuhan Kebajikan Simpang Ampat Pulau Pinang ini telah berlangsung di Pasaraya C-Mart, Pearl City, Simpang Ampat bersempena Program Bijak Belanja Pengguna dan Jualan Rahmah Madani.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT