anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 MAJLIS FLAG-OFF PROGRAM KEMBARA REDI 2024

whatsapp image 2024 07 02 at 150620 original

PUTRAJAYA, 2 JULAI 2024, SELASA - Majlis Flag Off Program Kembara Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) KPDN 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Jelajah advokasi peniaga yang akan bermula di Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Besut dan berakhir di Pulau Perhentian turut disertai oleh rakan strategik iaitu MAE, Touch n Go dan Agrobank.

Antara objektif jelajah ini adalah untuk menyampaikan input berkaitan kemudahan e-wallet kepada para peniaga serta menggalakkan amalan penggunaan e-wallet oleh pengguna dalam urusan transaksi pembelian dan juga mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society) di seluruh negara khususnya kawasan luar bandar.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat