anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan sistem MyFEX 2.0 yang bertindak selaku medium pendaftaran syarikat francais. Sistem ini merangkumi permohonan pendaftaran francaisor (asing dan tempatan), francaisi, konsultan/broker, permohonan pindaan matan dan penghantaran Laporan Tahunan Perniagaan Francais (LTPF). Sistem baharu ini boleh dilayari di pautan https://myfexv2.kpdnhep.gov.my mulai 29 Julai 2022.

KPDNHEP selaku pengawalselia Akta Francais 1998 telah membuat pindaan akta yang berkuatkuasa pada 28 April 2022. Pindaan ini melibatkan beberapa elemen seperti tempoh kuat kuasa pendaftaran dan bayaran fi. Sehubungan itu, sistem baharu diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pindaan yang terkini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Francais 1998 (Pindaan 2020).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Francais Dan Jualan Langsung (BPFJL) di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-8882 6562.

 

Berminat untuk menjalankan perniagaan?

Ingin menjadi usahawan francais?

Jom sertai kami di FIM2022 pada 8 - 10 September ini di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta rebut peluang untuk:

  • Terokai pelbagai peluang perniagaan francais di pameran francais
  • Tingkatkan pengetahuan berkaitan francais di Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia
  • Sertai bengkel perniagaan francais secara PERCUMA untuk mengetahui rahsia kejayaan dan peluang perniagaan francais
  • Bersemuka dan berbincang mengenai tawaran pakej perniagaan francais pilihan anda di Pemadanan Perniagaan
  • Peluang meluaskan rangkaian perniagaan dan mendapatkan rakan niaga yang berpotensi

Jom daftar sekarang di www.myfim.my/visitor

Masuk adalah PERCUMA!

Sub-kategori