PENGENALAN
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi melaksana dan menjayakan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik. Program ini akan menjadi salah satu program utama dalam usaha menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais.
KPDN sebagai peneraju pembangunan industri francais negara telah mengumumkan pelaksanaan program ini memfokuskan kepada pemberian geran bagi membangunkan lebih banyak pakej francais mampu milik bernilai RM100 ribu ke bawah serta pakej francais mikro bernilai RM50 ribu ke bawah seterusnya meningkatkan bilangan usahawan francais (francaisi) daripada golongan B40 dan M40.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif pelaksanaan program pembangunan ini ialah:
- Menyediakan penciptaan pekerjaan kepada golongan M40 dan B40;
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan B40 dan M40 menceburi bidang perniagaan francais; dan
- Memperkembangkan perniagaan francais kepada golongan sasar khususnya yang terjejas akibat daripada pandemik Covid-19.
DEFINISI FRANCAIS MIKRO FRANCAIS MAMPU MILIK
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan manfaat daripada Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik akan memberikan impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di samping membuka peluang penjanaan pendapatan kepada golongan sasar, maka KPDN telah menggariskan definisi serta penawaran pakej perniagaan seperti berikut:
- Francais Mikro - penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM 50 ribu ke bawah kepada golongan B40 dan M40 yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.
- Francais Mampu Milik - penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM100 ribu ke bawah kepada golongan yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.
SENARAI JENAMA YANG MENAWARKAN PAKEJ PERNIAGAAN FRANCAIS BERKONSEPKAN MIKRO DAN MAMPU MILIK
Bil |
Jenama |
Sektor |
Nilai Pakej (RM) |
Jenis Pakej |
i. |
ProCleaners |
Perkhidmatan dan Penyelenggaraan |
25,000 |
Mikro |
ii. |
ELV |
Pakaian |
28,000 |
Mikro |
iii. |
Ani Sup Utara |
Makanan & minuman |
35,000 |
Mikro |
iv. |
MD Putu Bambu |
Makanan & minuman |
50,000 |
Mikro |
v |
Taska Bonda Mama |
Pendidikan |
50,000 |
Mikro |
vi. |
Otai Franchise |
Makanan & minuman |
50,000 |
Mikro |
vii. |
Ayam D’Penyet |
Makanan & minuman |
68,000 |
Mampu Milik |
viii. |
Global Art |
Pendidikan |
79,840 |
Mampu Milik |
ix. |
Arjuna Village |
Makanan & minuman |
80,000 |
Mampu Milik |
x. |
HOME : Math Therapy Centre |
Pendidikan |
85,500 |
Mampu Milik |
xi. |
Kopiesatu |
Makanan & minuman |
85,000 & 95,000 |
Mampu Milik |
xii. |
V-Agromart |
Peruncitan |
89,700 |
Mampu Milik |
xiii. |
Q-dees |
Pendidikan |
95,000 |
Mampu Milik |
xiv. |
SAHABAT SMI |
Lain-lain (Perundingan) |
20,300 80,638 |
Mikro Mampu Milik |
xv. |
Liviva |
Lain-lain (Perundingan) |
40,000 100,000 |
Mikro Mampu Milik |
xvi. |
Rockwills |
Lain-lain (Perundingan) |
Akan dimaklumkan |
- |
xvii. | Mamacare | Kesihatan & Rawatan Kecantikan |
8,500 13,000 |
Mikro |
xviii. | Nasi Ayam Papa | Makanan & minuman | 98,000 |
Mampu Milik |
xix. | AKIE Burger | Makanan & minuman | 31,000 |
Mikro |
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung
Aras 1, Blok Menara
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
62333 Putrajaya
Tel: 03-8882 6265/ 6512/ 6377
Faks: 03-8882 5821
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.