Intipati
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).
Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.
Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:
- Hari Raya Puasa
- Tahun Baru Cina
- Deepavali
- Hari Krismas
- Pesta Kaamatan
- Hari Gawai
Tujuan
- Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut)
- Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
- Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan
Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pelaksanaan SHMMP ditetapkan mengikut keperluan musim perayaan berkenaan.
Contoh :
- Hari Raya Puasa: Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan)
- Hari Krismas: Tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan)
- Hari Deepavali : Tempoh pelaksanaan adalah selama 10 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan)
- Hari Tahun Baru Cina : Tempoh pelaksanaan adalah selama 12 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan)
Jenis Barang Harga Terkawal
Jenis barang yang terlibat adalah berbeza mengikut perayaan.
Contoh :
- Tahun Baru Cina 2020 – 16 jenis barang
- Hari Raya Puasa 2020 – 11 jenis barang
Kewajipan Peniaga
- Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
- Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
- Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.
Kesalahan
- Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum
- Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal
- Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan
Denda
- Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
- Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000