anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Perdagangan Perniagaan Access to Retail Program Latihan Pembangunan Perniagaan

PENGENALAN

Program Latihan Pembangunan Perniagaan ini menumpukan kepada peningkatan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan (upscaling skills and business growth for existing SMEs) di bawah bimbingan KPDN.

Program/aktiviti latihan yang dirancang ini memfokuskan kepada inisiatif serta usaha bagi mengenalpasti potensi syarikat-syarikat khususnya dalam industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai produk untuk dikembangkan ke pasar raya besar asing di negara ini seperti Aeon Co., Aeon Big, Lotus’s, Giant, Lulu, pasar raya besar lain dan kedai serbaneka serta saluran pasaran peruncitan domestik yang lain dengan tema “Access to Retail”.

Bidang dan modul latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan menyokong kepada pelaksanaan Inisiatif Penembusan Produk Tempatan ke sektor peruncitan. Penglibatan penawaran dan penyertaan juga adalah khusus kepada PMKS yang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

OBJEKTIF

  1. Membantu peniaga-peniaga terutamanya dalam industri PMKS memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan ke arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan);
  2. Membantu peniaga-peniaga mempertingkatkan produktiviti melalui penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih komprehensif dan praktikal, berilmu serta berpengetahuan dalam menetapkan hala tuju perniagaan dan menyumbang kepada pencapaian matlamat melonjakkan perniagaan; dan
  3. Melahirkan peniaga-peniaga yang lebih dinamik, bukan sahaja ke arah peningkatan kemajuan perniagaan semata-mata tetapi juga memupuk nilai etika dan moral yang mampu mengimbangi orientasi keuntungan dan kebajikan pelanggan/pengguna selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

PENERANGAN RINGKAS

Penerangan ringkas bagi setiap Program Latihan Pembangunan Perniagaan adalah seperti berikut:

Program

Penerangan Program

Objektif

Seminar Let’s Get Started With KPDN

Program asas pengukuhan dan peningkatan kemahiran, pengetahuan serta pertumbuhan perniagaan bagi PMKS tempatan (upscaling skills, knowledge and business growth for SMEs).

 

Menyediakan modul latihan dari segi pengurusan produktiviti dan kualiti perniagaan kepada PMKS tempatan khususnya bagi menembusi sektor peruncitan.

Kursus Access To Retail

Program latihan mengkhususkan kepada  prosedur dan syarat keperluan bagi menembusi pasar raya asing dan tempatan yang lebih luas seperti Aeon Big, Lotus’s, Giant, Lulu dan Mydin.

Memberi kefahaman mengenai kriteria dan penetapan sasaran pasaran mengikut kesesuaian produk dan keperluan pengguna.

Kursus Building Story Brand via Online

Program latihan berbentuk perkongsian mengenai kaedah dan bentuk pemasaran yang bersesuaian dengan produk menggunakan platform atas talian yang menepati ”low cost, high quality, easy access and reasonable deal approaches”.

Mempertingkat produktiviti PMKS melalui pendedahan terhadap pemasaran secara atas talian, komunikasi berkesan serta brand advertising and awareness.

Kursus Profitable Growth

Program latihan khusus mengenai penetapan kos bagi produk dan langkah-langkah meningkatkan keuntungan perniagaan melalui pelbagai platform.

Mendedahkan peserta dengan tips and trick untuk mencapai peningkatan keuntungan yang memberansangkan

 

SASARAN PESERTA

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan
  2. Berdaftar sebagai PMKS di bawah bimbingan KPDN (Keutamaan)

 

TEMPOH KURSUS

Tertakluk kepada modul kursus yang ditawarkan

YURAN PENYERTAAN

Percuma

LOGISTIK

Makan Minum dan Penginapan Disediakan
(Tidak Termasuk Kos Pengangkutan dan Lain-Lain Kos)