Pemohon yang layak untuk memohon adalah terdiri daripada pengilang yang ditakrifkan di bawah Industrial Co-ordination Act 1975 [Akta 1975] “Means a person who is engaged in any manufacturing activity”. Penandaan Logo Barangan Malaysia telah didaftarkan sebagai harta intelek Kerajaan melalui Perbadanan harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sehubungan dengan itu, sebarang penggunaan logo tersebut perlulah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian ini selaras dengan kehendak Akta Perihal Dagangan 2011. Sehubungan dengan itu, Kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang sivil di Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 39 (2) (a), (b), dan (c) Akta 175. Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] tidak memberikan punca kuasa kepada Kementerian untuk membuat peraturan atau garis panduan khusus (akta, perintah atau peraturan) berkenaan perkara ini. Di samping itu juga, Kementerian juga boleh mengambil tindakan undang-undang di dalam prosiding pendakwaan jenayah di Mahkamah Sesyen dengan menggunapakai peruntukan di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730]. Denda tidak melebihi RM 500, 000.00 bagi kesalahan pertama, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM1,000,000.00 (syarikat); atau Denda tidak melebihi RM250,000.00 bagi kesalahan pertama atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM500,000.00 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya (individu).