Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

 

PULAU PINANG, 21 OGOS 2021 – Pusat RiVAC merupakan Pusat Pemberian

Vaksinasi Industri (PPVIN) di bawah program vaksinasi sektor peruncitan (RiVAC) yang merupakan koloborasi awam-swasta diantara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pemain Industri Peruncitan dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).

Pusat RiVAC yang bermula dengan Lembah Kelang, kini diperluaskan ke negeri lain seperti Melaka dan Pulau Pinang. Dua Pusat RiVAC yang beroperasi di Pulau Pinang adalah di Gurney Paragon, Georgetown dan Design Village Outlet, Seberang Perai.

Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat RiVAC di Gurney Paragon pada hari Selasa, 17 Ogos 2021 dan beliau  turut melakukan kunjungan ke Pusat RiVAC Design Village dengan kehadiran Ketua Setiausaha KPDNHEP pada 21 Ogos 2021. Beliau amat berpuas hati dengan perjalanan operasi dan pencapaian Pusat RiVAC di Pulau Pinang kerana telah membantu mempercepatkan kadar vaksinasi di kalangan pekerja sektor peruncitan di Pulau Pinang.

Sejak pelaksanaan program RiVAC, Kementerian telah menerima sebanyak 566 permohonan dari syarikat di Pulau Pinang untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melibatkan 10,366 orang pekerja daripada industri peruncitan negeri. Program RiVAC sangat penting di kalangan pemain industri kerana kadar vaksinasi merupakan salah satu syarat untuk industri menikmati manfaat di bawah kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Justeru itu, Kementerian menyeru semua pemain industri sektor peruncitan dan pengedaran termasuk pasaraya, kedai runcit, mini-market, stesen minyak, restoran, bengkel, kedai hardware, kedai gunting rambut dan lain-lain sektor peruncitan di negeri Melaka untuk menyertai dan mendaftar program RiVAC bagi mendapatkan vaksinasi untuk pekerja mereka seberapa segera.

Syarikat dan majikan yang berminat untuk menyertai Pusat RiVAC di Pulau Pinang boleh emelkan pertanyaan melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau membuat pendaftaran di https://rov.kpdnhep.gov.my/rov. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan RiVAC bolehlah diajukan kepada Sekretariat Vaksin KPDNHEP di talian hotline 03 - 8882 5903.


GEORGE TOWN, 20 Ogos 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia2021 mengenai Kemudahan Sektor Ekonomi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sejumlah 22 sub-sektor perdagangan dan pengedaran telah diberi kebenaran untuk beroperasi semula berkuatkuasa 16 Ogos 2021 dengan syarat kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, memaklumkan bahawa KPDNHEP KPDNHEP telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memantau ke atas pematuhan aktiviti/ jenis premis di bawah seliaan Kementerian dengan mempergiatkan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta 342 terhadap 22 sub-sektor perdagangan dan pengedaran yang baharu dibenarkan beroperasi bagi negeri-negeri di Fasa 1, 2 dan 3 PPN di bawah pelaksanaan OPS SAMAR. 

OPS SAMAR merupakan penguatkuasaan dan pengkompaunan ke atas ketidakpatuhan premis dalam sektor perdagangan di bawah SOP PPN Fasa 1, 2 dan 3. Pemeriksaan adalah secara berpakaian preman termasuk penyamaran sebagai pelanggan bagi memastikan peniaga tidak melanggar SOP PPN Fasa 1, 2 dan 3.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan yang deterent/tegas akan dikenakan terhadap ketidakpatuhan SOP PPN dengan hasrat Kementerian adalah untuk memastikan SOP dipatuhi dengan serius. Pembukaan sektor perdagangan dan pengedaran ini merupakan satu usaha dan tanggungjawab seimbang secara bersama bagi tujuan merancakkan dan memulihkan semula ekosistem ekonomi domestik.

Sehubungan itu, KPDNHEP telah menggerakkan semua Pegawai Penguat Kuasa untuk menjalankan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari bagi memastikan pembukaan 22 sektor tambahan ini tidak memberi kesan kepada penularan semula pandemik Covid-19 di negara kita.

Sejak pelaksanaan penguatkuasaan yang dibuat terhadap pematuhan SOP PKP Akta 324 digerakkan pada 13 Mei 2020 sehingga 19 Ogos 2021, sejumlah 730,687 premis telah diperiksa dan daripadanya sejumlah 839 kes/kompaun telah dikenakan ke atas pesalah yang tidak mematuhi SOP dengan nilai kompaun sejumlah RM4,454,000.00. Berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan.

Sekiranya peniaga memerlukan panduan mengenai SOP PPN Fasa 1, 2 dan 3 oleh sektor perdagangan dan pengedaran yang  terlibat, peniaga digesa untuk membuat semakan SOP PPN yang terkini di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di capaian web https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/ .


ngo dan badan bantuan kemanusiaan disaran dapatkan bekalan dari pemborong

 

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas kewujudan badan-badan bantuan kemanusian dan NGOs, yang formal dan yang telah lama aktif,  serta yang adhoc dan yang baru wujud semasa pendemik Covid-19 dalam membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 yang memerlukan bantuan terutama barang keperluan harian.

          Sumbangan ikhlas dari badan-badan kemanusiaan ini terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini disanjung tinggi. Walau bagimanapun, KPDNHEP berharap supaya badan-badan bantuan kemanusiaan ini tidak membeli dan mendapatkan bekalan barang keperluan dari peruncit.

          Sebaliknya, KPDNHEP mencadangkan supaya badan-badan bantuan kemanusian ini mendapatkan bekalan barang keperluan daripada pihak pemborong. Ini kerana pihak Kementerian mendapat maklumat bahawa beberapa barang keperluan asas telah habis dijual di sebuah peruncit di Seksyen 27, Shah Alam untuk tujuan bantuan kemanusian. 

           Ini telah menyebabkan pengguna di kawasan tersebut ‘terputus bekalan’ dan terpaksa membeli dari peruncit yang yang lebih jauh atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke perunci tersebut. Perkara sebegini boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik di kalangan pengguna.

           Kerjasama dari NGOs dan Badan Bantuan Kemanusiaan amatlah diharapkan supaya tidak mewujudakan suasana yang tidak stabil serta salah faham terhadap bekalan harga keperluan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


penguatkuasaan pematuhan sop pkp sektor perdagangan pengedaran diteruskan di bawah fasa ke 2 ppn

PUTRAJAYA, 7 Julai 2021 –Menteri Kanan (Pertahanan) mengumumkan bahawa enam (6) negeri telah berjaya mencapai nilai ambang ditetapkan dan seterusnya beralih ke fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Susulan pengumuman tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum bahawa terdapat beberapa sektor baharu di bawah Sektor Perdagangan Pegedaran telah dibenarkan beroperasi. Antaranya ialah, kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi, dan lain-lain lagi.

KPDNHEP terus komited menggerakkan seramai 2,262 orang Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh Negara bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta penguatkuasaan OPS PATUH di seluruh Negara.

Sehingga 6 Julai 2021, sejumlah 634,350 premis telah diperiksa di bawah SOP PKP Akta 342  dan daripadanya sejumlah 714 kes/kompaun telah dikenakan ke atas pesalah yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dengan nilai kompaun sejumlah RM4,067,000.00. Angka ini termasuk 58 kes kompauan yang dihasilkan daripada 9,805 pemeriksaan yang dijalankan di bawah OPS PATUH.

KPDNHEP turut mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan keprihatinan Kerajaan kerana telah memasukkan industri Sektor Perdagangan Pengedaran di seluruh Negara yang dikategorikan sebagai vaksinasi ekonomi kritikal di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Selain itu, sektor ini juga merupakan entiti penting kepada kesejahteraan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan membekalkan barang makanan dan keperluan harian pengguna.

Bagi mengawal penularan Covid-19 ini kerjasama semua pihak dalam Sektor Perdagangan Pengedaran khususnya perlu di perkukuhkan untuk mengimbangi kelangsungan ekonomi demostik Negara serta memastikan kesihatan rakyat terus terjamin. 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive