Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

“MEMACU DIGITALISASI SEKTOR PERUNCITAN LUAR BANDAR SELURUH NEGARA”

BERA, 27 OGOS 2022 – Telah berlangsung menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative) (ReDI) Peringkat Kebangsaan yang di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Kerayong, Bera, Pahang.

Menurut YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pelancaran ReDI Kebangsaan pada kali ini, ianya sangat signifikan dalam memberikan momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan untuk sama-sama mengambil peluang berkongsi kek ekonomi digital yang disediakan kerajaan.

 Dalam menyokong pelaksanaan ReDI ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta inisiatif e-voucher Program Jualan Malaysia ini yang bermula pada 30 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022. E-voucher Program Jualan Malaysia ini boleh di muat turun melalui aplikasi MySales Tracker yang disediakan oleh KPDNKSH.

Tambahnya lagi, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi melaksanakan pelbagai program sokongan insentif norma baharu kepada 1,800 peniaga dan 2,500 pengguna secara tanpa tunai pada hari ini. Insentif ini diharapkan dapat memberi galakan kepada peniaga dan pengguna untuk menggunakan medium arus perkembangan teknologi semasa.

Untuk makluman, ReDI ini melibatkan kerjasama KPDNKSH bersama Kerajaan Negeri, rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Paynet, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Touch & Go, Boost dan 152 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dengan menyasarkan 15,000 peniaga beralih ke platform digital menjelang tahun 2025.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


BERA, 27 OGOS 2022, SABTU- YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut merasmikan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) yang diadakan di sebelah Dataran Kerayong, Bera, Pahang .

Untuk pengetahuan, Program Jualan Keluarga Malaysia telah dijenamakan semula kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan diperluaskan ke 600 kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dengan menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian yang lebih murah sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat.

Kerajaan berharap JMKM yang dijenamakan semula ini akan dapat memastikan harga barangan keperluan di seluruh negara dapat kekal stabil dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi memastikan JMKM dapat mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM80 juta melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan JMKM sehingga hujung tahun ini.

Kementerian-kementerian tersebut terdiri dari KPDNHEP yang menyelia JMKM bagi negeri Johor, Sarawak dan Terengganu, manakala Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menyelia JMKM bagi negeri Kelantan, Melaka dan Sabah. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menyelia negeri Pahang, Perak dan Selangor; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyelia negeri-negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang sementara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyelia WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pula akan menyelaras segala promosi JMKM di media mahupun di lapangan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


PUTRAJAYA, 26 OGOS 2022 - KPDNHEP melalui BPM telah berjaya mengekalkan Pensijilan ISMS (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat) di bawah standard ISO/ IEC 27001 : 2013 Information Security Management Systems  bermula 22 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2024 dengan sijil bernombor ISMS 00133 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd bagi skop Pengoperasian aplikasi Price Catcher.

Audit ISMS oleh Audit Dalam telah diadakan pada 27 hingga 29 Jun 2022 yang melibatkan 4 orang Juruaudit Dalam dari JPN, MOF dan MPAJ.

Manakala, Audit ISMS oleh SIRIM telah diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 2022 yang melibatkan 2 orang juruaudit SIRIM dan seorang pemerhati daripada Jabatan Standard Malaysia.

Berdasarkan laporan audit yang diterima, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Pengoperasian aplikasi Price Catcher di KPDNKSH dilaksanakan mengikut keperluan standard ISO / IEC 27001: 2013 serta polisi dan prosedur organisasi. Pelaksanaan mesyuarat kajian semula pengurusan, audit dalaman dan penaksiran risiko adalah konsisten. Pihak pengurusan dan kakitangan telah menunjukkan komitmen yang baik untuk terus melaksana dan mengekalkan pelaksanaan ISMS ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2022 – Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyempurnakan Perasmian Majlis Penutup Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 yang telah diadakan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).

Program ini merupakan satu pertandingan seni teater bertemakan kepenggunaan dengan penekanan kepada empat (4) modul kepenggunaan iaitu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan berhemah, pemakanan sihat serta kelestarian alam sekitar. Antara objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menyebarluas pendidikan kepenggunaan melalui platform yang menarik serta meningkatkan tahap pendayaupayaan pengguna.

Menurut Dato’ Rosol penganjuran Prosenium Penguna IPTA 2022 telah dilaksanakan mengikut zon secara berperingkat bermula di Universiti Malaya pada 29 Julai 2022 dan malam kemuncaknya adalah pada malam ini di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan.

Sebanyak 11 buah IPT telah menyertai pertandingan ini dan seramai 200 orang pelajar IPT telah mengambil bahagian. Pelbagai isu kepenggunaan telah diketengahkan di dalam naskhah pementasan teater pada kali ini dan diharap pementasan teater ini merupakan satu pendedahan yang terbaik kepada pelajar IPT dalam memahami dengan lebih jelas berkaitan isu-isu kepenggunaan .

Pada keseluruhannya pemenang program prosenium pengguna ipt berjaya mengupas isu kepenggunaan berdasarkan modul kepenggunaan ditetapkan dengan sangat baik.

Tambahnya lagi, setiap isu kepenggunaan sama ada perlindungan pengguna, kelestarian alam sekitar, pemakananan sihat dan pengurusan kewangan diterjemah melalui pengarahan yang baik dan naskhah yang dipersembahkan menepati kriteria penilaian ditetapkan dari segi ketepatan modul kepenggunaan, penyelesaian isu, kreativiti, teknikal pengarahan, lakonan dan artistik / sinografi.

Pihak Kementerian komited menyokong usaha dan kerjasama strategik dengan semua pihak termasuklah pihak IPT dalam meningkatkan kesedaran hak pengguna terutama di kalangan mahasiswa. Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh pelajar IPT amat penting yang akan menjadi duta kecil Kementerian serta berperanan sebagai mata dan telinga Kerajaan dalam menyemarakkan dan menyebarluas program advokasi kepenggunaan di kalangan pengguna muda.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive