Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
TURUN PADANG JUMPA PENGGUNA

image

SIBU, 7 JULAI 2019 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan program turun padang dengan mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Ganda, Wak Pakan dalam daerah Sibu.

Kehadiran beliau yang disertai Ahli Parlimen Julau, Tuan Larry Sng Wei Shiendan Ahli Parlimen Lubuk Antu ke rumah panjang ini bersempena program Berambeh dan Kepenggunaan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sibu dan KPDNHEP Negeri Sarawak.

Berambeh atau bermaksud berkumpul beramai-ramai ini membawa bersama gerai –gerai pameran dari pelbagai agensi tempatan seperti cawangan Narkotik Polis Di Raja Malaysia Daerah Julau, Pejabat Kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat , KPDNHEP Sibu dan beberapa agensi lagi selain ceramah-ceramah mengenai kepenggunaan dan keselamatan.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menyatakan bahawa beliau berasa berbesar hati dapat turun padang sehingga ke kawasan rumah panjang bagi menyampaikan amanat dan meninjau serta mendengar sendiri isu-isu berkaitan kepenggunaan di kawasan pedalaman.

Katanya, KPDNHEP sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani isu-isu pengguna akan sentiasa mencari pendekatan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

Program Penyeragaman Harga Barangan Pengguna (PPHBP) yang diperkenalkan di negeri di Sabah, Sarawak dan beberapa daerah di Semenanjung bagi membolehkan pengguna di negeri-negeri dan kawasan terbabit dapat menikmati harga yang sama sebagaimana yang dikecapi pengguna-pengguna di Semenanjung.

“Saya minta masyarakat di sini melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya berhadapan dengan isu-isu seperti kekurangan bekalan barangan asas, kenaikan harga yang tidak munasabh atau isu-ius lain yang di dalam bidang kuasa kementerian ini,” ujarnya.

Program Berambeh ini juga menyelitkan persembahan pentas berbentuk hiburan dan demontrasi memadam kebakaran oleh Bomba dan Penyelamat tempatan.

Dalam lawatan kerja dua hari itu, Datuk Saifuddin mengadakan lawatan ke Points Of Sales (POS) yang terdapat di Machan, Pakan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


MELAKA, 3 JULAI 2019 – Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka menjadi lokasi ke-11 dalam siri pelancaran Program Food Bank Siswa yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak awal tahun ini.

Memulakan langkah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Cheras Mac lalu, KPDNHEP dan Yayasan Food Bank menjelajah ke setiap negeri bagi mengadakan majlis pelancaran Food Bank Siswa ini bagi memastikan cadangan yang dicapai melalui Mesyuarat majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 15 Februari tahun ini agar dilaksanakan membabitkan universiti awam.

Seramai 100 pelajar dikenal pasti oleh pihak UTeM bagi menerima sumbangan makanan melalui program ini dengan disokong kuat pihak-pihak penyumbang seperti Pasaraya Family Store, AEON dan Golden 88 Mini Mart.

UTeM melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi tenaga penggerak untuk memastikan program ini tidak terhenti di pertengahan jalan.

Konsep Food pantry yang diwujudkan membolehkan pelajar-pelajar yang layak mengambil makanan mereka pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Melalui ucapan pelancarannya, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz yakin bahawa program Food Bank Siswa yang telah dilancarkan di semua 11 universiti awam sebelum itu dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar yang layak di samping membuka peluang untuk pelajar – pelajar di universiti itu sendiri menimba pengalaman dalam mengurus, menyelia serta memastikan semua urusan berkaitan Food bank Siswa ini dapat dilaksanakan dengan lancar dengan falsafah From The Student to The Student.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


SAMBUTAN 365 HARI DATUK SERI SAIFUDDIN SEBAGAI MENTERI

image

PUTRAJAYA, 2 JULAI 2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengadakan sambutan ulangtahun pertama Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui kementerian ini.

Sambutan yang sederhana dan santai itu dipenuhi dengan perasmian galeri gambar-gambar aktiviti setahun yang melibatkan Datuk Seri Saifuddin sebelum disusuli sesi sembang santai.

Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin diberi penghormatan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada seramai 100 pegawai penguatkuasa di perkarangan Anjung Seri KPDNHEP sebelum meneruskan acara-acara yang disusun di Dewan Serbaguna kementerian ini.

Ketika menjawab soalan yang diplilih secara rawak dalam sesi sembang santai, Datuk Seri Saifuddin berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha untuk mewujudkan Bahagian Data Sains yang bertanggungjawab menguruskan semua data-data penting yang berkaitan dengan kepenggunaan untuk rujukan. Katanya, melalui perwujudan bahagian baharu secara pentadbiran ini akan memberi nilai tambah kepada KPDNHEP untuk merangka strategi dalam menangani isu-isu kepenggunaan.

Beliau juga akan memberi penekanan kepada aspek memerangi rasuah dan mahukan agar Pelan Anti Rasuah kementerian ini dijadikan model ikutan bagi pihak-pihak lain selain menjadi amalan menolak rasuah sebagai budaya dalam perkhidmatan di kementerian ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Norhayati Musa, Ketua Setiausaha , Datuk Muez Abd Aziz dan isteri, Datin Rafidah Latiff, kedua-dua timbalan Ketua Setiauasah, Pengarah-pengarah Bahagian, Negeri dan Ketua-ketua agensi.

Dalam ucapan aluannya, Ketua Setiausaha, Datuk Muez Abd Aziz berterima kasih di atas kepimpinan Datuk Seri Saifuddin yang berjaya meletakkan nama kementerian ini di puncak kegemilangan dan memperkenalkan pelbagai idea serta program yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

Kejayaan Skim Harga Maksium Musim Perayaan Hari raya Puasa, foodbank, Kempen Beli Barangan Malaysia dan banyak lagi menjadikan KPDNHEP sebagai sebuah kementerian yang benar-benar komited untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


LEBIH 5,000 MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KPDNHEP

image

KULIM, 29 JUN 2019 – Lebih 5,000 tetamu mengunjungi sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta majlis Ramah Mesra Menteri dan Persatuan-persatuan Pengguna Zon Utara hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Putra, Majlis Perbandaran Kulim itu turut dihadiri Timbalan Menteri KPDNHEP, Tuan Chong Chien Jen, Ketua Setiausaha , Datuk Muez Abd Aziz, Ketua-ketua Agensi dan Jabatan di dalam KPDNHEP serta pemimpin-pemimpin pentadbiran dan politik tempatan.

Pada majlis itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap agar majlis tersebut menjadi medan untuk meningkatkan silaturahim, kerjasama di samping bertanya khabar di antara satu sama lain.

Kira-kira 120 asnaf menerima sumbangan zakat yang disediakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan harta Intelek (MyIPO). Sementara itu, kira-kira 150 kanak-kanak menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Datuk Seri Saifuddin serta isteri, Norhayati Musa.

Pelbagai jenis makanan dan minuman sediakan sebelum majlis berakhir jam 4.00 petang. SSM dan MyIPO turut membawa bersama kaunter bergerak bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Kumpulan Selagi Ada Rindu (SAR) dari Sungai Petani turut menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu hari raya baharu dan lama.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive