Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
KEMBARA REDI ZON BORNEO 2025 BERJAYA CATAT 10,408 PENDAFTARAN e-WALLET

KEMBARA REDI ZON BORNEO 2025 BERJAYA CATAT 10

KEMBARA REDI ZON BORNEO 2025 BERJAYA CATAT 10,408 PENDAFTARAN        

   e-WALLET

TAWAU, 5 JULAI 2025, SABTU - Kembara ReDI Zon Sabah dan Sarawak 2025 mengakhiri garisan penamatnya setelah berlangsung selama 10 hari bermula 26 Jun sehingga 5 Julai 2025 melibatkan penyertaan seramai 24 peserta merangkumi enam (6) kumpulan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDN.

Kembara ReDI ini berjaya merentasi perjalanan sejauh 2,421 kilometer melintasi laluan Pan Borneo bermula di Semantan, Sarawak dan berakhir di Tawau, Sabah melibatkan 30 lokasi check point di sepanjang perjalanan dan berjaya mencatat rekod pencapaian sebanyak 10,408 pendaftaran e-wallet bagi peniaga-peniagal kecil di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Majlis menyaksikan Kemenangan pasukan Delta dengan pencapaian rekod daftar e-wallet sebanyak 2,471 dan berjaya merangkul tempat utama dengan membawa pulang hadiah berupa e-wallet berjumlah RM4,000, medal dan sijil. Menduduki tempat kedua dengan rekod daftar e-wallet sebanyak 2,447 dimenangi oleh pasukan Charlie dengan membawa pulang hadiah e-wallet berjumlah RM3,000, medal dan sijil dan ditempat ketiga dengan rekod daftar e-wallet sebanyak 2,070 disandang oleh pasukan Alpha dengan membawa pulang hadiah e-wallet berjumlah RM2,000, medal dan sijil. Tiga (3) lagi pasukan membawa pulang e-wallet bernilai RM400, medal dan sijil sebagai hadiah saguhati.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, YBrs. En. Muhamad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP), YBrs. En. Shahril Nizam Shahidin, Pengarah KPDN Negeri Sabah, YBrs. Pn. Junaidah Arbain, Pengarah KPDN W.P Labuan, wakil-wakil syarikat penyedia platform e-wallet dan Pegawai-pegawai kanan kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


PROGRAM PENGUATKUASAAN DAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN YB TIMBALAN MENTERI BERSAMA KPDN NEGERI JOHOR 2025

PROGRAM PENGUATKUASAAN DAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN YB TIMBA

PROGRAM PENGUATKUASAAN DAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN YB TIMBALAN MENTERI BERSAMA KPDN NEGERI JOHOR 2025

JOHOR BAHRU, 19 JUN 2025- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui KPDN Negeri Johor telah menganjurkan satu sesi libat urus melibatkan pemain industri terdiri daripada syarikat Petroleum, persatuan peniaga, pemborong LPG, pengusaha restoran dan pengusaha dobi bersama YB Senator Dr. Hajah Fuziah Saleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru, Johor.

Penganjuran sesi libat urus ini bertujuan untuk mengumpul dapatan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh berkaitan syor pelaksanaan pindaan ke atas PPKB (pindaan) 2021 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun 2025.

Dapatan syor dan pandangan melalui sesi libat urus ini akan dikumpul dan dibawa dalam bentuk syor ke mesyuarat kabinet bagi memuktamadkan pindaan ke atas PPKB (pindaan 2021) yang mana memberi manfaat kepada para pemain industri dan pengguna tanpa menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Turut hadir bersama YBrs. Pn. Lilis Saslinda Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


KEMUNCAK PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

KEMUNCAK PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

KEMUNCAK PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

LUMUT, 15 JUN 2025 – Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama tiga (3) hari dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di Waterfront Lumut, Perak.

Pengisian slot di pentas utama pada hari kedua program oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan dua sesi Pocket Talk yang informatif dan interaktif.

Sesi pertama bertajuk "Portal Ihsan MADANI" telah disampaikan oleh Encik Muhammad Nami Ahmad daripada Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Sesi kedua pula bertajuk "Aplikasi Price Catcher", yang telah dikendalikan oleh Puan Fazherawati Nordin dan Puan Sharizan Mohd Shafiee dari Bahagian Harga Barangan Negara (BHBN).

Reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 4,100 orang sepanjang tiga (3) hari program berlangsung.

Pelbagai aktiviti kuiz bahagian dan Kahoot Mega dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Zaid Idris, Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDN.

Dengan soalan-soalan menarik yang menguji pengetahuan pengguna mengenai hak-hak pengguna serta inisiatif-inisiatif KPDN, sesi ini bukan sahaja menyeronokkan malah turut mendidik masyarakat dengan cara yang santai dan menghiburkan.

YB Senator Dr. Hajah Fuziah Saleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bersama-sama YBhg. Dato’ Hj. Amran Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) meluangkan masa turun padang mengadakan sesi walkabout ke reruai KPDN dan Program Jualan RAHMAH MADANI pada hari terakhir Program MADANI Rakyat 2025 Perak.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


WhatsApp_Image_2025-06-16_at_7.32.20_AM.jpeg

HARI PERTAMA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

LUMUT, 13 JUN 2025, JUMAAT - Program MADANI rakyat 2025 Perak yang sedang berlangsung selama 3 hari bermula 13 sehingga 15 Jun 2025 bertempat di Waterfront Lumut, Perak membuka tirainya dengan pelbagai pengisian menarik dan berinformatif melalui kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Pengunjung boleh mendapatkan khidmat kerajaan melalui kaunter perkhidmatan di reruai kementerian/ Jabatan / Agensi serta terdapat juga perkidmatan kaunter bergerak yang dibawa terus kepada rakyat, Karnival kerjaya TVET, Jualan Usahawan Tempatan, Pameran Aset Kerajaan dan banyak lagi aktiviti menarik buat para pengunjung.

Reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima bilangan pengunjung yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter yang disediakan seperti Advokasi Portal Ihsan RAHMAH,  Promosi dan Advokasi Menu RAHMAH, Pendaftaran Skuad Kita Pengguna, Advokasi Aduan SURI, Advokasi dan Promosi Aplikasi PriceCatcher, Khidmat Nasihat dan Advokasi Proses Pemfailan Tuntutan Tebus Rugi, Advokasi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Advokasi, Advokasi akta persaingan oleh MyCC, Advokasi dan Promosi Harta Intelek serta pelbagai kuiz kahoot dijalankan oleh bahagian dan agensi di bawah KPDN.

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang berlangsung bermula 9 pagi hingga 6 petang mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung dengan pengurangan harga bernula 10% hingga 30%  bagi barangan keperluan harian seperti beras, ayam segar,telur ayam, minyak masak, susu pekat, bihun, cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci serta banyak lagi barangan keperluan harian yang lain.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapat kunjungan ramai kerana menawarkan pendaftaran dan nasihat perniagaan secara atas talian melalui aplikasi EzBiz.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive