anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Corporate Info Department Secretary General Integrity Unit Media Berita Terkini 2019 Ahli Lembaga Pengarah Perlu Kreatif Dan Amanah  

PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2018 – Ahli Lembaga Pengarah (ALP) sesebuah Koperasi mestilah kreatif dalam meningkatkan dana serta ruang perniagaan disamping bersikap amanah dalam menguruskan kewangan Koperasi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh berkata, seseorang ALP yang pasif dan tidak amanah akan menyebabkan sesebuah Koperasi itu tidak berkembang dan tidak memberi sebarang manfaat kepada ahli-ahlinya.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Warga KPDNHEP di sini hari ini, Datuk Seri Jamil yakin bahawa Koperasi ini boleh memberi peluang yang baik kepada ahli-ahlinya kerana ALPnya sentiasa berusaha mencari peluang perniagaan seperti membuka dua kedai yang bernaung di bawah nama Koperasi yang beroperasi di bangunan ini.

“Namun ia tidak cukup untuk memberi pulangan dividen yang besar kepada ahli-ahlinya jika peluang perniagaan yang berskala besar tidak diterokai. Kebergantungan kepada perniagaan sedia ada tidak membolehkan Koperasi ini terus berkembang dan bersaing,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz dan beberapa Pengarah Bahagian di kementerian ini.

Beliau juga menyeru agar ahli-ahli Koperasi sedia menambah jumlah saham serta membantu kempen penambahan ahli supaya Koperasi ini menjadi mantap dan mempunyai kewangan yang teguh.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP