anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Corporate Info Department DEPUTY SECRETARY GENERAL DOMESTIC TRADE DEVELOPMENT Distributive Trade And Business Sector Distributive Trade And Services Industry Secretariat

Pendahuluan

Sekretariat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi bertujuan untuk mengawalselia pembangunan industri-industri berikut:

  1. Penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  2. Aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan;
  3. Perkhidmatan yang tidak dikawalselia;
  4. E-Dagang; dan
  5. Sekretariat Program Food Bank Malaysia

Visi & Misi

Visi

Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Misi

  1. Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;
  2. Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan
  3. Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna

Objektif

  1. Menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;
  2. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri berkaitan aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan;dan
  3. Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan tidak dikawalselia dan perdagangan elektronik (e-commerce) yang seimbang dan kompetitif.

Fungsi

  1. Membangun, menggubal dasar dan menggalakkan pertumbuhan sektor perdagangan pengedaran dalam negara yang berdaya saing;
  2. Memastikan pertumbuhan dan pembangunan sektor borong dan runcit yang mampan;
  3. Mengawal selia penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  4. Mengawal selia penggajian pekerja asing di bawah sektor perkhidmatan;
  5. Mengawal selia aktiviti timbang dan sukat, cakera optic dan pemilikan semula barangan
SEKRETARIAT PERDAGANGAN PENGEDARAN DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
No. 13, Aras 5 (Podium 1),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 5989
Fax : 03-8882 5881