anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP)

Pendahuluan

Sekretariat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi bertujuan untuk mengawalselia pembangunan industri-industri berikut:

  1. Penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  2. Aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan;
  3. Perkhidmatan yang tidak dikawalselia;
  4. E-Dagang; dan
  5. Sekretariat Program Food Bank Malaysia

Visi & Misi

Visi

Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Misi

  1. Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;
  2. Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan
  3. Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna

Objektif

  1. Menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;
  2. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri berkaitan aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan;dan
  3. Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan tidak dikawalselia dan perdagangan elektronik (e-commerce) yang seimbang dan kompetitif.

Fungsi

  1. Membangun, menggubal dasar dan menggalakkan pertumbuhan sektor perdagangan pengedaran dalam negara yang berdaya saing;
  2. Memastikan pertumbuhan dan pembangunan sektor borong dan runcit yang mampan;
  3. Mengawal selia penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  4. Mengawal selia penggajian pekerja asing di bawah sektor perkhidmatan;
  5. Mengawal selia aktiviti timbang dan sukat, cakera optic dan pemilikan semula barangan
SEKRETARIAT PERDAGANGAN PENGEDARAN DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
No. 13, Aras 5 (Podium 1),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 5989
Fax : 03-8882 5881