anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Barang Kawalan dan Subsidi Bahagian Kawal Selia Petroleum

Pendahuluan

Bahagian Kawal Selia Petroleum ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi KPDN bertujuan untuk mengawalselia permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa jua urusan memasar atau mengedar bahan petroleum atau keluaran petroleum di bawah Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum bagi maksud Peraturan 3A(2) adalah tertakluk kepada senarai seperti yang dinyatakan di pautan berikut:

https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/perdagangan/perniagaan/pengurusan-industri-petroleum-dan-gas/pengenalan

Objektif

Mengawalselia permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa jua urusan memasar atau mengedar bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum.

Fungsi

  • Mengawal selia aktiviti-aktiviti pengedaran dan pemasaran barangan petroleum yang dibenarkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.
  • Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan diesel bersubsidi (skid tank) di bawah Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD).
  • Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan pembelian diesel bersubsidi menggunakan ‘multiple fleetcard’di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
  • Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan di bawah Seksyen 21(1) dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 [Akta 311] (JKZEE).
  • Mengkaji dan meneliti permohonan kelulusan cadangan tapak pembangunan stesen minyak baharu, Portable Container System (PCS), dan lain-lain konsep pembekalan yang baharu di bawah Jawatankuasa Pembangunan Stesen Minyak Baharu (JPSM).
  • Mengawal selia permohonan bagi mengeskport bahan-bahan petroleum diesel, petrol RON 95, dan gas petroleum cecair (LPG) ke luar negara.
Bahagian Kawal Selia Petroleum

No. 13, Aras 4 (Menara),

Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62623 Putrajaya.

Tel: 03-8882 6606