anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan Bahagian Analisis Ekonomi dan Data Strategik

Pendahuluan

  • Bahagian Analisis Ekonomi dan Data Strategik (BAED) berperanan menguruskan data-data strategik kementerian untuk dianalisa bagi membantu memberi nilai tambah ke atas perancangan dasar kementerian, serta menyediakan input berkaitan indikator ekonomi mengikut keperluan pihak pengurusan kementerian.

Objektif

  • Menyelaras, menyusun dan menganalisa data yang diperlukan oleh kementerian.

Fungsi

  1. Pengurusan data-data Kementerian meliputi perkara berikut;

    1. Urus tadbir data-data Kementerian melibatkan pengumpulan, pemusatan serta perkongsian data;
    2. Pembangunan ekosistem dan urus tadbir Data Raya KPDN; dan
    3. Focal Point Kementerian untuk Data Terbuka Sektor Awam (DTSA), Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) dan Data Raya.
  2. Menyediakan input bagi yang memerlukan analisis data untuk digunakan bagi tujuan ulasan Memo Ulasan Memo Jemaah Menteri (MJM)/ jawapan kepada sidang Dewan Negara/ Dewan Rakyat/ kenyataan media, sesi temuramah/ temubual dan penulisan artikel.

  3. Melaksanakan analisis/ kajian bagi menghasilkan output/ outcome berdasarkan tujuan analisis.

  4. Menyelaras dan memantapkan fungsi Unit Sains Data melalui pelaksanaan latihan pembangunan kompetensi bidang sains data.

BAHAGIAN ANALISIS EKONOMI DAN DATA STRATEGIK (BAED)

Aras 9 (Menara),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

 

No. Telefon : 03-8882 5692