anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN Bahagian Gerakan Kepenggunaan

Latar Belakang

Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) diwujudkan dalam tahun 1976 berikutan penubuhan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 untuk memberi Khidmat Keurusetiaan kepada Majlis di samping menjalankan aktiviti kepenggunaan.

Pada tahun 1985, BHEP telah dicantumkan dengan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri untuk meningkatkan lagi keberkesanan fungsi Bahagian tersebut. Tetapi kerana isu kepenggunaan merangkumi perspektif yang luas, BHEP telah diwujudkan kembali pada Ogos 1989 agar aspek kepenggunaan diberi perhatian dan penekanan yang sewajarnya.

Walaubagaimanapun, dengan pewujudan Kementerian baru berikutan rombakan Kabinet pada 27 Oktober 1990, fungsi, peranan dan tanggungjawab BHEP telah dipertingkatkan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memfokuskan kepada kepentingan pengguna.

Pada Ogos 2009 Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) telah ditukar nama kepada Bahagian Gerakan Kepenggunaan (GK) selaras dengan kemasukan bahagian dan agensi lain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang telah dibubarkan. Pertukaran nama ini adalah selaras dengan fungsi dan tanggungjawab GK yang telah diperbesar dan diperkukuhkan.

Pendahuluan

Bahagian Gerakan Kepenggunaan (GK) adalah merupakan bahagian teras di Kementerian yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat.

Tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh 3 (tiga) seksyen berikut:

  1. Unit Pembangunan Gerakan Kepenggunaan (unit G);
  2. Unit Pendidikan Pengguna dan Latihan (Unit L); dan
  3. Unit Khidmat Pengurusan dan Aduan (unit A).

Visi & Misi

VISI

Melahirkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan mampu melaksanakan perlindungan kendiri.

MISI

Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui penggubalan dasar kepenggunaan dan peruntukan perundangan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan-peraturan dibawahnya serta mengadakan program gerakan dan latihan serta khidmat nasihat kepenggunaan.

Objektif

  1. Meningkatan kesedaran dan perlindungan pengguna melalui latihan dan pendidikan kepenggunaan dan penyediaan sumber maklumat yang berkaitan;
  2. Membangunkan gerakan kepenggunaan yang lebih berkesan; dan
  3. Menguruskan aduan-aduan pengguna secara efisien.

Fungsi

Fungsi Utama GK meliputi aspek-aspek berikut:

  1. Merancang dan melaksanakan program pendidikan pengguna seperti seminar, ceramah, bengkel dan pameran kepenggunaan;
  2. Merancang dan melaksanakan program kesedaran pengguna seperti Bulan Pengguna Kebangsaan, Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah , Persidangan Gerakan Penguna Siswa dan program kepenggunaan secara amnya;
  3. Membangunkan gerakan kepenggunaan dalam negeri melalui perkongsian pintar termasuk mengadakan program secara kerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna (NGO), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Skuad Pengguna dan sebagainya;
  4. Mengurus dan menyelia Gerakan Pengguna Daerah (GPD); dan
  5. Mengendalikan aduan-aduan pengguna dan memberi khidmat nasihat.
BAHAGIAN GERAKAN KEPENGGUNAAN
No. 13, Aras 4 (Podium 1),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 5888
Fax :03-8882 5983