anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan Bahagian Harga Barangan Negara

Pengenalan

Bahagian Harga Barangan Negara (BHBN) sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Majlis Harga Barangan Negara. BHBN bertanggungjawab untuk melaksanakan satu (1) fungsi utama iaitu Program Pemantauan Harga.

Objektif

Mengumpul, memantau, menganalisa dan melaporkan pergerakan harga runcit bagi 480 barangan untuk membantu Kerajaan merangka polisi, strategi dan tindakan dalam menstabilkan harga barangan melalui pangkalan data harga Kementerian.

Piagam Pelanggan

Bahagian ini komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan mengikut piagam yang ditetapkan iaitu paparan harga barangan keperluan pengguna yang dikutip secara harian ke Aplikasi PriceCatcher sebelum jam 12.00 tengah hari termasuk hari Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum.

BAHAGIAN HARGA BARANGAN NEGARA


Aras 4 (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

No. Tel: 03-8882 5852

No. Fax: 03-8882 6274

Emel: bhbn_hq[at]kpdn.gov.my