anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan

Pengenalan

Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan (BPDK) merupakan salah satu bahagian teras di Kementerian yang bertanggungjawab menggubal, melaksana serta menyelaras dasar dan perundangan berkaitan kepenggunaan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perlindungan yang terbaik kepada hak dan kepentingan pengguna.

Visi & Misi

Misi :

Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui penggubalan dasar kepenggunaan dan peruntukan perundangan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Objektif

  1. Mengkaji isu-isu kepenggunaan semasa bagi membantu pembentukan dasar kepenggunaan masa kini dan akan datang; dan
  2. Mempertingkatkan perlindungan pengguna melalui peruntukan perundangan yang jelas.

Fungsi

  1. Mengkaji, melaksana dan memantau Dasar Pengguna Negara dan Pelan Tindakan Pengguna;
  2. Menyelaraskan isu-isu kepenggunaan melalui Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) dan pasukan petugas di bawahnya;
  3. Menyelaraskan isu-isu pengiklanan melalui Jawatankuasa Pengiklanan yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999;
  4. Menjalankan kerjasama serantau dalam isu-isu kepenggunaan melalui penyertaan sebagai delegasi mewakili Malaysia dalam ASEAN Committee on Consumer Protection (ACCP); dan
  5. Menjalankan kajian-kajian dan penyelidikan bagi membantu penggubalan dasar dan perundangan yang berkaitan kepenggunaan.
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN
No. 13, Aras 4 (Menara),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 6556
Fax : 03-8882 6860