Pengenalan
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 seperti senarai di bawah:
Barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 | Barang-barang kawalan berjadual dibawah Peraturan Barang Kawalan 1974 |
1. Tepung gandum | 1. Tepung gandum |
2. Minyak tanah | 2. Minyak tanah |
3. Gula | 3. Gula |
4. Baja | 4. Baja |
5. Minyak masak | 5. Minyak Masak |
6. Petrol, spirit motor dan gasoline 6. Petrol, spirit motor dan gasoline motor semua gred | 6. Petrol, spirit motor dan gasoline 6. Petrol, spirit motor dan gasoline motor semua gred |
7. Bahan api diesel | 7. Bahan api diesel |
8. Bar bulat keluli lembut | 8. Bar bulat keluli lembut |
9. Simen dan klinker | 9. Simen dan klinker |
10. Gas petroleum cecair | 10. Gas petroleum cecair |
11. Semua jenis roti | 11. Semua jenis roti kecuali lof 11. Semua jenis roti kecuali lof Perancis yang beratnya di antara 200 gram dan 1,000 gram |
12. Ayam | 12. Ayam |
13. Pelitup muka | 13. Pelitup muka |
Senarai Punca Kuasa Bagi Pengurusan Import dan Eksport Barang Kawalan
Bil | Perkara | Punca Kuasa |
1 | Gula |
Import
Eksport
|
2. | Tepung Gandum |
Import
Eksport
|
3. | Simen dan Klinker | Import
Mesyuarat Jemaah Menteri 31 Mac 2017 Eksport
|
4. | Petroleum | Eksport
|
5. | Pelitup Muka | Eksport
|
Senarai Harga Barang Kawalan
Bil. |
Barangan / Unit |
Harga yang ditetapkan oleh Kerajaan (RM) |
1. |
Gula Putih Bertapis |
|
Kasar / 1kg |
2.85 |
|
Halus / 1kg |
2.95 |
|
2. |
Gas Petroleum Cecair (LPG) / 1kg |
1.90 |
3. |
Tepung Gandum / 1kg |
1.35 |
4. |
Minyak Masak |
|
Kampit Plastik / 1kg |
2.50 |
|
5. |
Facemask |
|
Surgical/medical 1ply – ear loop |
7.00 |
|
2ply – ear loop |
10.00 0.20 |
|
3ply – ear loop |
1.00 |
|
3ply – tie-on |
1.00 |
|
N95 |
6.00 |
Pemansuhan Kawalan Harga Harga Ke Atas Barang Kawalan
Bil. |
Barangan |
Tarikh Pemansuhan Kawalan Harga |
1. |
Billet dan bar besi keluli |
12 Mei 2008 |
2. |
Simen |
5 Jun 2008 |
3. |
Ayam |
11 Jun 2008 |
4. |
Susu Pekat Manis |
1 April 2009 |
5. |
Roti Putih |
1 Januari 2010 |
Permohonan Lesen Secara Dalam Talian
Berkuat kuasa 20 September 2015, permohonan lesen Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA) perlu dikemukakan secara dalam talian melalui laman web Business Licencing Electronic Support System (BLESS).
BLESS telah dibangunkan melalui fasa iaitu, BLESS 1.0 bermula 20 September 2015 dan fasa kedua BLESS 2.0 yang bermula 1 April 2017. BLESS versi 2.0 telah dilancarkan sepenuhnya pada 31 Disember 2017 dan semua permohonan lesen CSA perlulah dikemukakan ke BLESS 2.0 di pautan https://bless2.bless.gov.my/bless2.
Umumnya, terdapat empat (4) modul permohonan lesen CSA yang dibangunkan dalam sistem BLESS dan permohonan lesen yang diterima boleh diproses di Ibu Pejabat KPDN (HQ); KPDN Cawangan Negeri; dan KPDN cawangan seluruh negara mengikut lokasi premis perniagaan. Walau bagaimanapun, kelulusan lesen CSA hanya boleh dilaksanakan di Ibu Pejabat KPDN atau KPDN Negeri sahaja oleh pegawai pelesenan yang mendapat penurunan kuasa oleh Pengawal Bekalan seperti di Perenggan 5, Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual Di Bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (PPKB 1974).
Senarai Modul yang dibangunkan serta pejabat pemproses adalah seperti berikut:
Bil. |
Nama Lesen |
Pejabat Pemproses |
Kelulusan dan Bayaran |
1. |
Lesen mengilang barang kawalan berjadual |
HQ |
HQ dan Negeri |
2. |
Lesen borong barang kawalan berjadual |
HQ, Negeri dan Cawangan |
HQ dan Negeri |
3. |
Lesen runcit barang kawalan berjadual |
HQ, Negeri dan Cawangan |
HQ dan Negeri |
4. |
Kebenaran menjalankan aktiviti di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) |
HQ |
HQ |
Import dan Eksport Gula
Pendahuluan
Pada 2 Februari 2015, KPDN telah mengambil alih portfolio permit import dan eksport gula daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagaimana dinyatakan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import / Eksport) (Pindaan) 2015. Gula yang dikawal selia oleh KPDN adalah diklasifikasikan di bawah HS Coe 1701 dan 1702 sahaja. Aktiviti import dan eksport gula memerlukan permit (AP) import / eksport daripada KPDN. Setiap AP mempunyai tempoh kuat kuasa selama enam (6) bulan daripada tarikh yang diluluskan.
Tatacara Pendaftaran Syarikat (Baharu / Sedia Ada)
- Permohonan permit (AP) import / eksport gula adalah secara dalam talian melalui sistem ePermit;
- Permohonan baharu (pertama kali memohon) perlu mendaftar di laman web: http://reg.dagangnet.com/;
- Bagi pemohon sedia ada, status existing bermaksud pemohon / pengguna telah menggunakan modul lain dalam sistem ePermit dengan Dagangnet / agensi Kerajaan yang lain. Justeru, pemohon hanya perlu menambah modul KPDN / MITI untuk permohonan AP gula; dan
- Selepas pendaftaran diluluskan, pemohon boleh meneruskan permohonan AP gula yang perlu dipohon secara dalam talian di laman web Dagang
Senarai Semak Pendaftaran Syarikat
- Profil Syarikat (BORANG 24)
- Profil Syarikat (BORANG 49)
- Profil Syarikat (BORANG 9)
- Tambahan BORANG 13 jika syarikat tukar nama – pendaftaran lain maklumat di Pendaftaran SSM lain
- BORANG A, B dan D (hanya untuk syarikat Perkongsian dan Persendirian sahaja, jika syarikat Bhd., mohon muat naik dokumen kosong)
- Memorandum & Artikel of Association (M&A) – Dokumen perjanjian penubuhan syarikat diperlukan di bawah Akta Syarikat
- Lesen Mengilang MIDA
- Lesen Barang Kawalan Berjadual (Lesen CSA) dari KPDN; dan
- Katalog (Produk) (*Tidak diperlukan untuk gula halus & gula mentah)
Tepung Gandum
Tepung Gandum Kegunaan Manusia (Edible Wheat Flour)
Tepung yang digunakan untuk pembuatan makanan manusia seperti tepung gandum kegunaan am, tepung roti, tepung kek dan sebagainya. Daripada pelbagai jenis tepung di bawah kategori ini, SIRIM hanya menetapkan standard mandatori bagi lapan (8) jenis tepung seperti yang berikut:
- White Flour
- High Protein Flour
- Protein-Increased Flour
- Atta Flour
- Wholemeal Flour
- Self-Raising Flour
- Enriched Flour
- Chlorinated Flour
- Tepung Kegunaan Industri (Industri Flour)
Tepung yang digunakan untuk kegunaan industri seperti makanan ternakan dan pembuatan gam.
Kedua-dua jenis tepung ini diklasifikasikan di bawah kod penakrifan yang sama di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 iaitu 1101.00.11 00 dan 1101.00.19 00 (Wheat Flour)
Pengeksportan Tepung Gandum
Pengeksportan tepung gandum hanya terbuka kepada pengilang tepung gandum yang mempunyai lesen mengilang barang-barang berjadual (CSA).
Pengeksportan tepung gandum juga memerlukan kebenaran bertulis daripada KPDN.
Minyak Masak
Maklumat Asas Industri Minyak Masak
- KPDN mula mengambil alih dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bermula 1 November 2016.
- Kuota 60,000MT bagi edaran dan jualan minyak masak dalam paket polibeg 1kg pada harga ditetapkan RM2.50/kg.
- Kuota 25,000MT bagi edaran dan jualan minyak masak dalam botol di bawah Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak (MKHMM).
Kebenaran Import Simen
Pendahuluan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2017 telah bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) sebagai custodian kepada dasar pengimportan simen berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017. Selaras dengan keputusan tersebut, pengeluaran Certificate of Approval (COA) bersyarat dikekalkan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Kod Penjenisan
Simen dikategorikan di bawah 4 kod penjenisan berdasarkan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 seperti yang berikut:
Bil. |
Keterangan Produk |
Kod Penjenisan |
1. |
Portland cement |
2523.21.00 00 |
2. |
Other portland cement of all kinds |
2523.29.10 00 |
3. |
Aluminious cement |
2523.29.90 00 |
4. |
Other hydraulic cement |
2523.90.0 0 |
Permit Eksport Simen dan Klinker
Portland Cement (kod tarif – 2523.29.29.90 00)
Cement Clinker (kod tarif – 2523.10.10 00)
- Permohonan untuk mendapatkan Permit Eksport Simen dan Klinker hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem ePermit
- Permohonan baharu yang belum mendaftar dengan DagangNet hendaklah mendaftarkan syarikat secara dalam talian (online) sebagai pengguna baharu untuk mendapatkan ID dan kata laluan (password) terlebih dahulu di capaian reg.dagangnet.com.my
- Setelah mendaftarkan syarikat diluluskan dan juga bagi pengguna DagangNet sedia ada (yang pernah mendaftar dan menggunakan modul yang dibangunkan oleh DagangNet), permohonan untuk Lesen Eksport Simen dan Klinker bolehlah dibuat secara dalam talian (online) dengan menggunakan ID dan kata laluan yang diberikan di capaian newepermit.dagangnet.com.my
Senarai Semak Pendaftaran Syarikat
- Surat permohonan daripada syarikat pengimport menggunakan kepada surat (letterhead) syarikat, Kandungan surat perlulah menyatakan tujuan pengimportan, kuantiti, negara yang diimport, jenis simen serta kod tarif (HS Code), jumlah yang ingin diimport dalam unit tan metrik dan tarikh jangkaan ketibaan (estimated time of arrival ETA) produk;
- Pesanan Tempahan (Purchase Order) / Sebutharga / Invois daripada pembekal;
- Lesen Borong / Runcit atau Permit Barang Kawalan Berjadual yang dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh KPDN.
Pelitup Muka
- Maklumat Asas Industri Pelitup MukaPelitup muka diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bermula 26 Ogos 2009 bagi memastikan barang ini sentiasa mencukupi di pasaran.
- Pelitup muka turut dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 yang bermula pada 26 Ogos 2009 bagi memastikan harga barangan ini kekal stabil sepanjang masa.
- Pelitup muka yang dikawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan AKHAP 2011 perubatan atau pembedahan jenis 1ply, 2ply, 3ply dan N95.
- Pelitup muka juga telah diwartakan sebagai barang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2020 yang berkuat kuasa 18 Mac 2020 selaras dengan penularan wabak COVID-19 bagi memastikan keperluan barang ini mencukupi di pasaran domestik. Pengeksportan pelitup muka hanya dibenarkan sekiranya mendapat kelulusan bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.
- Kelulusan pengeksportan pelitup muka dikategorikan mengikut tujuan seperti berikut:
-
- Komersial pengilang tempatan
- Komersial trader / pengimport
- Kegunaan peribadi – Misi Bantuan Kemanusiaan
- Kegunaan peribadi – Individu / Ahli Keluarga
- Kegunaan peribadi – Kakitangan Syarikat Cawangan
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL)
Penjelasan Program PPHSSL
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL) merupakan program penyeragaman harga barang keperluan gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak di Sabah, Sarawak dan Labuan (SSL) supaya menyamai harganya di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program tersebut bermula pada bulan Februari 2013.
Peruntukan Program PPHSSL
Tahun/Produk |
2016 |
2017 |
2018 |
2019 |
2020 |
2021 |
Gula |
12,429,000 |
32,000,000 |
42,000,000 |
45,000,000 |
20,000,000 |
40,000,000 |
Tepung Gandum |
3,746,000 |
|||||
Minyak Masak |
49,960,400 |
|||||
Jumlah |
66,135,400 |
32,000,000 |
42,000,000 |
45,000,000 |
20,000,000 |
40,000,000 |