anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan Bahagian Pembangunan Perniagaan

Pendahuluan

Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) telah ditubuhkan pada 1 April 2002 bertujuan memartabatkan agenda Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui promosi barangan PMKS sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa dan mewujudkan amalan perniagaan yang beretika. Selain itu, BPP juga menyediakan latihan kepada PMKS dan memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang terlibat di sektor perdagangan pengedaran.

Objektif

  1. Meningkat & memantapkan penyertaan PMKS tempatan dalam sektor perdagangan pengedaran.
  2. Membantu mewujudkan peluang – peluang pasaran produk PMKS di dalam dan luar negara.
  3. Mewujudkan peluang pekerjaan di sektor perdagangan pengedaran.
  4. Membantu meningkatkan imej kerjaya di dalam sektor peruncitan.
  5. Memberi pengiktirafan kepada premis – premis perniagaan yang cemerlang dan beretika.

Fungsi

SEKTOR SEKSYEN DASAR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

  1. Menyelaras dan menyediakan maklum balas, laporan dan kertas kerja yang melibatkan dasar dan fungsi berkaitan Bahagian.
  2. Merangka, menyelaras dan melaksanakan program latihan perniagaan menerusi kerjasama dengan pihak perunding latihan swasta dengan menumpukan kepada peningkatan pertumbuhan perniagaan di bawah bimbingan KPDN.
  3. Merangka, menyelaras dan melaksanakan Program Etika Perniagaan Malaysia menerusi kerjasama dengan Agensi/ Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  4. Menguruskan hal ehwal pentadbiran Bahagian (kewangan, aset, keselamatan dokumen dan pengurusan sumber manusia).

SEKSYEN PEMASARAN PRODUK TEMPATAN

  1. Merancang dan menyelaras aktiviti promosi produk-produk tempatan.
  2. Merancang dan menyelaras program penjenamaan produk melibatkan proses pemilihan produk, libat urus bersama kontraktor berkenaan reka bentuk pembungkusan dan cetakan, serta serahan pembungkusan.
  3. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program padanan perniagaan melibatkan syarikat pengeluar produk tempatan bersama pihak pemain industri peruncitan
  4. Menyelaras sistem database pendaftaran usahawan PMKS di bawah bimbingan KPDN dan permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysia di https://buymalaysian.com.my
  5. Menyelaras lawatan/ naziran ke kilang bagi permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia.

SEKSYEN PENGIKTIRAFAN PERNIAGAAN

  1. Merangka, menyelaras dan melaksanakan Program-program Kempen dan promosi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi membantu merancakkan ekonomi domestik dan menggalakkan penggunaan produk tempatan.
  2. Merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program dalam membantu mengurangkan kos sara hidup seperti Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM).
  3. Sekretariat Induk bagi program pengiktirafan terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara yang menawarkan harga berpatutan (Anugerah Kedai Harga Patut - AKHP).

SEKSYEN PROGRAM KHAS

  1. Merangka dan menyelaras pengukuhan semula program-program peruncitan seperti Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-Keep), Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Program Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM).
  2. Merangka dan menyelaras program-program khas Kementerian (Segar@Mesra, Sapot Lokal dan lain-lain).
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Aras 5 (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Tel  : 03-8882 5766
Fax  : 03-8882 5826