anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN Bahagian Standard Kepenggunaan

Pendahuluan

Unit Pembangunan Standard telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah Bahagian Hal Ehwal Pengguna. Pada 10 Januari 2010, Unit ini telah dinaiktaraf kepada Bahagian Standard Kepenggunaan (SK) dan merupakan salah satu bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Pendayaupayaan Pengguna. 

Bahagian ini bertanggungjawab mengkaji, merangka, dan melaksana perundangan berkaitan standard keselamatan barang pengguna. Selain itu, Bahagian ini turut menjalankan fungsi advokasi mengenai standard dan keselamatan barang pengguna kepada setiap lapisan masyarakat selaras dengan Dasar Pengguna Negara (DPN).

           

Objektif

  1. Melaksanakan peraturan/perintah standard keselamatan barang pengguna melalui peruntukan perundangan yang jelas;
  2. menjalin kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dalam melaksanakan perundangan standard keselamatan barang pengguna; dan
  3. meningkatkan perlindungan pengguna terhadap aspek keselamatan barang pengguna; dan
  4. melaksanakan program advokasi dan libat urus mengenai keselamatan barangan pengguna yang dikawal selia oleh KPDN.

Fungsi

Dalam usaha mencapai Visi KPDN, fungsi utama Bahagian ini iailah:

  1. Membangun dan mengkaji perundangan, garis panduan dan dasar berkaitan standard keselamatan barangan pengguna;

  2. menjalin kerjasama dengan agensi-agensi pelaksana di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melibatkan aktiviti standardisasi, isu-isu berkaitan keselamatan barangan pengguna dan penarikan balik barangan pengguna;

  3. menjalankan advokasi dan konsultasi mengenai pelaksanaan perundangan dan program-program kesedaran yang melibatkan standard dan keselamatan barang pengguna kepada pihak berkepentingan;

  4. mengawal selia proses pengisytiharan pematuhan penandaan standard keselamatan; dan

  5. menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa pembangunan dan harmonisasi standard, seperti jawatankuasa standard industri, jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa kerja, di peringkat dalam dan luar negara.

 

MISI

Mengukuhkan perlindungan pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 melalui peraturan-peraturan standard keselamatan barangan pengguna.

VISI

Melahirkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan mampu melaksanakan perlindungan kendiri berkaitan keselamatan barangan pengguna.

BAHAGIAN STANDARD KEPENGGUNAAN
Aras 4 (Podium 2),No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 6962
Fax : 03-8882 6960