anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Bahagian TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan Bahagian Pembangunan Jualan Langsung

Pendahuluan

  • FRANCAIS

    Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

    Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

    Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sekarang ini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDN).

  • JUALAN LANGSUNG

    Pada akhir tahun 2019, fungsi pemprosesan lesen Jualan Langsung telah dimasukkan ke dalam fungsi bahagian ini daripada Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) yang dibubarkan berikutan penstukturan semula KPDN.

Visi & Misi

  • FRANCAIS

    VISI

    Industri francais penyumbang ekonomi negara melalui pemodenan perniagaan

    MISI

    Membangunkan dan mewujudkan persekitaran perniagaan francais yang menggalakkan ke arah menghasilkan jenama francais yang kukuh, berdaya saing, berinovasi serta mempunyai potensi kejayaan yang tinggi

  • JUALAN LANGSUNG

    VISI

    Pemacu pembangunan industri jualan langsung yang bertaraf dunia

    MISI

    1. Mengukuhkan industri jualan langsung melalui penciptaan niche bernilai tinggi
    2. Mengoptimumkan pembangunan inovasi dan produktiviti dalam industri jualan langsung
    3. Mempraktik amalan baik perniagaan

Fungsi

    1. Memformulasi, merancang, dan melaksanakan dasar, inisiatif serta program pembangunan francais dan jualan langsung di peringkat domestic dan antarabangsa.
    2. Memproses permohonan pendaftaran perniagaan francais dan permohonan perlesenan syarikat jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung AP1993
BAHAGIAN PEMBANGUNAN JUALAN LANGSUNG

Aras 1 (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

Tel: 03-88826205
Faks: 03-88825583