Mengikut Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Peraturan 3A (2) Peraturan Kemajuan Petroleum 1974 telah memperuntukkan “Permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa jua urusan memasarkan atau mengedarkan petroleum atau keluaran petroleum di bawah seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 hendaklah dibuat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”. Bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum bagi maksud Peraturan 3A(2) adalah tertakluk kepada senarai yang telah dinyatakan di bawah :
Petroleum | Gas Petroleum Cecair (LPG) | Gas Asli |
Regular & Premium Motor Gasoline | Methanol | Propylene |
Xylene | Methane | Toluene |
Butane | Fuel Oil | Kerosene, Aviation Turpine Fuel, Dual Purpose Kerosene dan Jet Fuel |
Bitumen dan Asphalt | Lubricating Oil | Naphta Based Solvents |
Benzene | Ethlene | Acetylene |
Ammonia | Urea form Ammonia | NPK Fertilizer |
Ammonia Nitrate | Ammonia Sulphate | Propana |
Automative Industrial & Marine Diesel Oil |