anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Perdagangan Perniagaan Pengurusan Industri Petroleum dan Gas Unit Keselamatan Petroleum

Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menjamin dan memantau keselamatan dalam industri petroleum dengan menyedia dan mengemaskini dasar, akta dan peraturan-peraturan khususnya Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984. Akta ini mengawal aspek keselamatan petroleum dari aspek penstoran, pengendalian, pengangkutan dan peralatan /perkakasan.

Unit ini berfungsi untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan melalui program-program taklimat, seminar, bengkel dan kursus selain menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh jabatan atau agensi yang terlibat melalui Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Secara khususnya, Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menyelaras dasar keselamatan petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 [Akta 302].

Dua peraturan di bawah akta ini adalah :

  1. Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Air) 1985
  2. Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985

Unit Keselamatan Petroleum juga bertanggungjawab untuk:

  1. Mengawasi pelaksanaan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan akta dan peraturan tersebut di atas oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berkaitan
  2. Bertindak sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Keselamatan Industri Petroleum
  3. Menyelenggara data dan maklumat keselamatan industri petroleum
  4. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan (safety) industri petroleum; dan
  5. Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan bagi perkembangan serta kemajuan keselamatan industri petroleum Negara.
  6. Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Jalan Keretapi)

Unit ini juga bertindak sebagai Urus setia bagi Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan di bawah Seksyen 21 (1) dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 [Akta 311].

  1. Seksyen 21(1) Tiada seorang pun boleh membina, mengendali atau menggunakan mana-mana pulau, pepasangan atau struktur buatan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua melainkan dengan kuasa Kerajaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakannya
  2. Seksyen 22(1) Tiada seseorang pun boleh memasang kabel-kabel bawah tanah atau talian paip dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tanpa persetujuan Kerajaan mengenai penandaan arah memasangkan kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut.
  3. Seksyen 22(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Kerajaan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memasang atau menyelenggara kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut dalam menjalankan hak-haknya untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi penjelajahan pelantar benua, pengeksploitasian sumber alam dan pencegahan, pengurangan dan kawalan dari pencemaran kabel-kabel atau talian-talian paip tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan keselamatan dalam industri petroleum boleh diajukan kepada :-
Seksyen Pelesenan Petroleum
Bahagian Kawal Selia Petroleum
Sektor Barang Kawalan dan SubsidiKementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna,
No. 13, Aras 4(Menara), Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya

No. Telefon : 03-8882 6606

Enik Zalirizal bin Abdul Rahman@Ali
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pelesenan Petroleum
Bahagian Kawal Selia Petroleum
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi

No. Telefon : 03-8882 5843
Emel : zalirizal[at]kpdnhep.gov.my