anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Corporate Info Department DEPUTY SECRETARY GENERAL DOMESTIC TRADE DEVELOPMENT Controlled Items And Subsidy Sector Supply And Subsidy Division

Pendahuluan

Bahagian Subsidi dan Bekalan ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi KPDN dan dibahagikan kepada dua seksyen iaitu, Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 1 dan Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 2.

Bahagian Subsidi dan Bekalan (BSB) ditubuhkan untuk mengawal selia Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (Pelesenan CSA); Pengurusan Subsidi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilisation Scheme - COSS), Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL), dan Pengurusan Kebenaran Import / Eksport Barang Kawalan bagi produk Gula, Tepung Gandum, Simen, dan Topeng Muka.

Kawal selia ini juga tertakluk di bawah punca kuasa yang berikut:

  • Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]
  • Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]
  • Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U.(A) 103/74]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 [P.U.(A) 18/96]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport)  2011
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2020 [P.U.(A) 88]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 397]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2022 [P.U.(A) 254]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021 [P.U.(A) 427]
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Penandaan Barang-Barang Kawalan) 2022  [P.U.(A) 252]
  • Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 3) 2018 [P.U.225]
  • Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 7) 2020 [P.U.312]
  • Surat Arahan Pengawal Bekalan

Barang-barang yang diwartakan sebagai barang kawalan di Jadual, Bahagian I, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Jadual Pertama Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 seperti yang dinyatakan di pautan berikut: Barang-barang kawalan

Objektif Bahagian

 

Mengawal selia Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (Pelesenan CSA); Pengurusan Subsidi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilisation Scheme - COSS), Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL) dan Pengurusan Kebenaran Import / Eksport Barang Kawalan bagi produk Gula, Tepung Gandum, Simen, dan Topeng Muka.

 

Cadangan Pindaan Objektif : 

  1. Memastikan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan barang-barang kawalan mempunyai lesen barang kawalan berjadual (CSA) bagi aktiviti borong atau runcit di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;
  2. Memastikan keterjaminan / keberadaan barang-barang kawalan di pasaran;
  3. Menyeragamkan harga jualan barangan keperluan asas iaitu gula dan minyak masak di Malaysia Timur dengan Malaysia Barat;
  4. Memastikan barang kawalan atau makanan yang diimport mencapai tahap standard tertentu; dan
  5. Memastikan aktiviti import barang-barang kawalan tidak menjejaskan pengeluaran barang kawalan oleh pengeluar tempatan; 

Fungsi Bahagian

Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 1

  • Pembangunan dan pelaksanaan dasar barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya;
  • Pengurusan Pelesenan Barang Kawalan Berjadual (Lesen CSA);
  • Pembangunan Dasar dan Pengurusan Pendaftaran Penandaan Barang Kawalan; 
  • Pembangunan Dan Pelaksanaan Dasar Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS);
  • Pengurusan Bayaran Tuntutan Subsidi bagi Program COSS, TGKA dan PPHSSL;
  • Pengurusan Pendigital Pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS);
  • Pembangunan dan pelaksanaan dasar pengurusan industri Tepung Gandum;
  • Memantau pergerakan harga komoditi minyak sawit Mentah (CPO) dan gandum;
  • Pembangunan Dan Pelaksanaan Dasar Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan;
  • Pengurusan Kebenaran Import dan Eksport Tepung Gandum;
  • Pengurusan terimaan bayaran lesen CSA dan PDA;
  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak;
  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak; dan

Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 2

  • Menggubal, mengemaskini, melaksana dan memantau dasar pengurusan industri gula, simen, dan topeng muka;
  • Mengkaji dan menyemak semula harga jualan gula putih bertapis;
  • Menguruskan permohonan kebenaran mengimport/mengeksport  gula dan simen;
  • Menguruskan permohonan kebenaran mengeksport Pelitup/Topeng Muka;
  • Menjalankan tugas sekretariat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengimportan Gula Putih Bertapis (JPPGB);
  • Menganggotai Jawatankuasa Teknikal Bahan Binaan CIDB sebagai ahli tetap; dan
  • Menyediakan input bagi kertas dasar / Memorandum / Nota / Maklum Balas berkaitan gula, simen dan pelitup muka.