PENGENALAN
- Mula dilancarkan di negara ini pada tahun 1984 dengan nama Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan semula program ini pada tahun 2009 dan dijenamakan semula sebagai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi mempertingkatkan perbelanjaan domestik berikutan krisis kewangan global.
- Pelancaran semula bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan para pengguna di negara ini membeli barangan buatan Malaysia.
- KBBM juga merupakan sebuah inisiatif yang akan membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
- KBBM perlu dilaksanakan secara komprehensif kerana cabaran globalisasi perniagaan dan ‘country of origin effect’ banyak menyumbang kepada pemilihan dan pembelian barangan import.
- Langkah Kerajaan untuk memperkasa dan melaksanakan KBBM adalah bertepatan dan sangat signifikan bagi mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan (domestic consumption).
LATAR BELAKANG
- 1984 – Mula diperkenalkan (Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia)
- 1988 – Intensiti Kempen berkurangan disebabkan kekangan peruntukan
- 2009 – Kempen diaktifkan semula menerusi pelbagao siri ekspo jualan dan kempen kesedaran dengan menggunakan nama KBBM
- 2014 – Kajian Keberkesanan KBBM dilaksanakan
- 2015 – Dilaksanakan secara bersepadu disebabkan kekangan peruntukan
- 2021 – Kajian Impak Keberkesanan KBBM
- 2022 – Pelaksanaan KBBM diteruskan mengambil kira hasil Kajian Impak Keberkesanan KBBM
OBJEKTIF
- Merangsang Ekonomi - Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan sekaligus membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat;
- Semangat Patriotisme – Menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan sekaligus meningkatkan semangat patriostisme dalam kalangan rakyat Malaysia;
- Kesedaran - Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk/ barangan Malaysia yang juga standing dengan barangan import;
- Memasar Produk Tempatan - Membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan serta mempamerkan produk mereka kepada rakyat Malaysia sekaligus menarik minat orang ramai terhadap barangan tempatan.
INISIATIF STRATEGIK KBBM
Pemerkasaan Produk Tempatan Di Dalam Industri Peruncitan
- Meningkatkan promosi dan jualan produk-produk tempatan dengan perluasan kerjasama rakan strategik industri peruncitan seperti rangkaian pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai serbaneka di stesen minyak.
Penembusan Promosi Jualan Dan Pemasaran Dalam Talian
- Memanfaatkan kelebihan ekosistem digital dan infrastruktur e-dagang seiring dengan perubahan gaya hidup baru dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif kempen, promosi, diskaun jualan produk-produk tempatan secara berterusan melalui portal online platform di marketplace utama di Malaysia.
Pembangunan Produk Tempatan
- Pembungkusan produk sedia ada akan diberi nafas baru melalui penjenamaan semula logo, tagline serta pembungkusan mengikut trend pasaran terkini melalui kerjasama agensi pelaksana dan libat urus di antara KPDN dengan syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian ini.
Karnival Barangan Malaysia
- Karnival yang dilaksanakan secara besar-besaran melibatkan komponen jualan, pameran dan padanan perniagaan bagi memperkenal, mempromosi dan memperluaskan produk tempatan.
Jualan Bertema Berdasarkan Segmen Khusus
- Jualan yang mengikut tema terpilih dengan memberi ruang kepada industri tempatan yang kurang diberi pendedahan melalui KBBM untuk diketengahkan sebagai produk tempatan.
- Kerjasama bersama Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA) bagi segmen Fesyen dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi Segmen Kraftangan.
Kempen, Promosi dan Pengiklanan
- Pelan Media KBBM - Kempen dan Promosi secara holistik bagi meningkatkan visibility dan memupuk semangat kecintaan terhadap barangan tempatan.
- Kolaborasi Khas - Kolaborasi khas bersama syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bagi penghasilan video promosi KBBM Upin dan Ipin.