anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Kepenggunaan Program Program Jualan Malaysia

PENGENALAN  

  1. Mulai 17 September 2021, sektor peruncitan di seluruh negara telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa.
  2. Bagi membantu pemain industri peruncitan merancakkan aktiviti sektor peruncitan dan mengembalikan keyakinan pembeli yang terjejas dengan pandemik COVID-19, Kementerian melaksanakan Program Jualan Malaysia (PJM) bagi membantu memulih (recovery), merancak (revitalise) dan menghidupkan semula (revive) sektor peruncitan di seluruh negara sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara.

 

OBJEKTIF PROGRAM JUALAN MALAYSIA

  1. Memulihkan sektor peruncitan dan mengembalikan keyakinan pengguna untuk berbelanja di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa;
  2. Meningkatkan kembali sumbangan sektor peruncitan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);
  3. Menyelaras promosi jualan murah secara segmen di seluruh negara; dan
  4. Meningkatkan muat turun aplikasi MySales Tracker di kalangan peniaga dan pengguna.