anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2022 PEWARTAAN DAN TARIKH KUAT KUASA PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN) PERANTI ROKOK ELEKTRONIK (VAPE DEVICE) 2022

pewartaan dan tarikh kuat kuasa perintah perihal dagangan pelitup muka bukan perubatan 2022

 

PUTRAJAYA, 5 April 2022 – Bagi memastikan peranti rokok elektronik yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin memaklumkan bahawa Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik (VAPE DEVICE) 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 telah diwartakan pada 5 April 2022 (Selasa). Perintah ini akan berkuat kuasa pada 3 Ogos 2022 (Rabu).

Perintah ini mewajibkan pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP. Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada peranti rokok elektronik, alat  gantinya atau pada bekas peranti itu dibekalkan yang mudah dilihat oleh pengguna. Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada peranti rokok elektronik menunjukkan ia telah mematuhi standard dan selamat digunakan.

Berikut merupakan tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh Kementerian sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport  seperti berikut:

  • Syarikat : didenda tidak melebihi RM 200,000.00. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.00.
  • Individu : didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pewartaan ini merupakan inisiatif Kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Akhir sekali, KPDNHEP berharap isu lambakan peranti rokok elektronik yang tidak berkualiti dalam pasaran Malaysia akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat