anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum ADUAN DISIASAT DALAM TEMPOH 24 JAM

image

Aduan Lengkap Akan Disiasat Dalam Tempoh 24 Jam!

Kementerian prihatin dengan isu-isu yang melibatkan barangan kawalan dan bersubsidi mahupun barangan keperluan asas yang lain. Isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga pastinya menjadi keutamaan kami.

Penggunaan kod QR Aduan Bekalan ini membolehkan pengguna membuat aduan dengan mudah dan pantas. Yang penting, pastikan laporan aduan yang dibuat lengkap dengan maklumat-maklumat penting yang diperlukan seperti lokasi premis, jenis barang yang terlibat, bukti-bukti pembelian yang berkaitan, serta maklumat lain yang berkaitan.

Aduan yang spesifik dan jelas memudahkan siasatan kami.
Pengguna Bijak, Tahu Hak, Berani Bertindak!