anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum HARGA AYAM STABIL SELEPAS PENGAPUNGAN

image

 

Sehingga kini, rata-rata harga ayam di pasaran menunjukkan harga jualan yang berpatutan dan tiada kenaikan harga yang mendadak selepas pengapungan harga bahan mentah itu bermula 1 November 2023 yang lalu.  

 
Pihak Kementerian melalui Pasukan Penguat Kuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan sentiasa memantau bekalan serta pergerakan harga ayam seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan menjual pada harga yang tidak munasabah.
 
Orang ramai disarankan agar membuat perbandingan harga melalui aplikasi Price Catcher dan sebarang salah laku peniaga boleh dilaporkan kepada KPDN.