anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum BANTERAS PENYELEWENGAN SUBSIDI

image

 

KPDN PERAK TUMPASKAN SINDIKET SELEWENG DIESEL BERSUBSIDI!

 
Susulan risikan yang dibuat selama dua minggu ke atas sebuah lori tangki diubah suai yang disyaki terlibat dengan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi, KPDN Perak Cawangan Manjung telah menyerbu sebuah stor haram di Pantai Remis dan mendapati dua pekerja lelaki tempatan sedang memindahkan cecair disyaki diesel ke dalam dua buah lori tangki yang dipercayai untuk dijual semula kepada industri pada harga lebih murah untuk mengaut keuntungan lebih.
 
Kedua-dua pekerja ditahan, cecair disyaki diesel bersubsidi serta beberapa peralatan kegiatan seleweng yang dianggarkan bernilai RM261,850 dirampas dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.