anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

image

 

KPDN TERIMA 43 PERMOHONAN BAHARU KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Insentif diskaun yang diperkenalkan kepada pengusaha Menu RAHMAH melalui Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH sejak 2 November 2023 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila KPDN menerima 43 permohonan baharu kad diskaun khas tersebut. Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS'S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini kelak.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.