anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum TIPU BIDA, 7 PERUSAHAAN DISIASAT MyCC

image

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap 7 perusahaan yang terlibat aktiviti tipuan bida melibatkan 4 tender untuk pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dianggarkan berjumlah RM20.8 juta.

MyCC kemudiannya akan mempertimbangkan representasi yang dikemukakan bersama bukti yang dikumpul dalam proses penyiasatan seterusnya mengeluarkan Keputusan Akhir sama ada terdapat dapatan pelanggaran atau tiada pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010.

Kartel tipuan bida ini disifatkan sebagai pelanggaran yang paling serius
dalam perundangan persaingan. Dengan mendedahkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap perusahaan-perusahaan yang terlibat dengan kartel tipuan bida ini, MyCC menyasarkan untuk memastikan wujudnya peluang yang sama rata untuk setiap pemain pasaran dalam mencegah ketirisan dana kerajaan.

Siaran Media MyCC penuh: https://www.mycc.gov.my/sites/default/files/pdf/newsroom/%5BFINAL%5D%20Siaran%20Media%20-%20MyCC%20MENGELUARKAN%20KEPUTUSAN%20CADANGAN%20TERHADAP%20TUJUH%20PERUSAHAAN%20BAGI%20TIPUAN%20BIDA.pdf