anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum

image

Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapatkan maklumat harga, kuantiti dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan peniaga sebelum membuat keputusan pembelian. Perbandingan harga antara premis, barangan, atau perkhidmatan juga penting untuk menikmati pembelian pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan.

image

TINDAKAN PENGUAT KUASA JIKA BERLAKU PENGENAAN HARGA TIDAK MUNASABAH

Kementerian tidak akan berkompromi terhadap peniaga yang sengaja mengaut keuntungan berlebihan dengan mengenakan harga makanan atau barangan yang tidak munasabah.

Berikut merupakan tindakan yang akan diambil Penguat Kuasa KPDN kepada peniaga yang dikesan melanggar etika pengambilan keuntungan dalam perniagaan.

image

PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) PIALA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)

Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) dengan kerjasama Sekretariat Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Universiti Multimedia (MMU) akan menganjurkan Program Pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Piala Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pertandingan ini yang telah mendapat penyertaan sebanyak 40 IPT di seluruh Malaysia merupakan satu pertandingan berkonsepkan debat ala parlimen British yang bertemakan 'KEPENGGUNAAN DAN KOS SARA HIDUP'.

🗓Tarikh: 12 – 15 Januari 2024 (Jumaat – Isnin)
⏰Masa: 8.30 pagi – 11.00 malam
đź“ŤTempat: Fakulti Kejuruteraan, Universiti Multimedia (MMU),Cyberjaya, Selangor

Sila rujuk LAMPIRAN yang disertakan untuk mengetahui tentatif penuh program ini. JOM SOKONG ANAK-ANAK MUDA DAN SAKSIKAN PENDEBATAN HEBAT DI ANTARA MEREKA YANG AKAN MENJADI PELAPIS PEMIMPIN PADA MASA HADAPAN!

 

 

Sub-kategori