anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum

image

image

 

JOM KITA KE JUALAN RAHMAH DAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA SEMPENA EKSPO KASIH MADANI!!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini di Ekspo KASIH MADANI melalui Program Jualan RAHMAH yang menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih dengan diskaun 10% - 30% dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang melibatkan pelbagai produk berkualiti pada harga mampu milik daripada pengusaha-pengusaha tempatan.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Ekspo KASIH MADANI pada hujung minggu ini.

🗓Tarikh : 03 & 04 November 2023 (Sabtu & Ahad)
⏰Waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang
📍Tempat : Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya

Inilah masanya untuk berbelanja sambil berjimat di Jualan RAHMAH di samping menyokong produk-produk tempatan kita!
Jumpa anda di sana‼️

image

image

 

JUALAN RAHMAH SEMPENA MAJLIS HARI TERBUKA MyCC 2023

🗓Tarikh : 31 Oktober 2023 (Selasa)
⏰Waktu : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
📍Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Hari Terbuka MyCC antaranya:
-Jualan pelbagai produk dan barangan
-Jualan RAHMAH
-Khidmat nasihat dan ceramah
-Persembahan daripada Zeppo Youngsterz serta Choir Devokalis,
-Sesi perkongsian bersama pempengaruh TikTok terkenal seperti Financial Faiz serta Zimam Ariefi dan banyak lagi aktiviti menarik.

Masuk adalah PERCUMA! 
Jumpa anda di sana!

image

 

FESTIVAL TEATER PENGGUNA SISWA MAKUM 2023 KINI BERMULA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang menganjurkan Program Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam 2023.
Orang awam turut dijemput untuk menyaksikan pementasan teater pendek yang bertemakan 'Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup' daripada 17 buah Universiti Awam di seluruh Malaysia.

🗓Tarikh : 22 hingga 31 OKTOBER 2023
⏰Waktu : Mengikut waktu pementasan (Lampiran)
📍Tempat : Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor

🎟️Masuk adalah PERCUMA! 🎉
Jumpa anda di sana‼️

Sub-kategori