anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Pengumuman Pengumuman Umum

image

 

Untuk makluman, Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) akan dilaksanakan tidak lama lagi dan bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat diri ke dalam sistem PADU.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mula melayari pautan yang disediakan bagi mendapatkan maklumat awal berkenaan PADU.

Pautan portal PADU:
http://www.ekonomi.gov.my/padu

image

 

JOM KITA KE JUALAN RAHMAH DI PUTRAJAYA!!

Jualan RAHMAH Peringkat Parlimen Putrajaya Secara Dalam Premis

akan menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih

dengan diskaun 10% - 30% lebih murah daripada harga pasaran setempat pada hujung minggu ini pada hari dan masa seperti ketetapan berikut:

 

📅Tarikh : 16 & 17 Disember 2023 (Sabtu & Ahad)
⏰Waktu : Mengikut waktu premis
📍Tempat : COOPMART PUDINA, Lot 1&2 PPAM Pudina, Presint 17, Putrajaya

Inilah masanya untuk berbelanja sambil berjimat di Jualan RAHMAH

image

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap 7 perusahaan yang terlibat aktiviti tipuan bida melibatkan 4 tender untuk pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dianggarkan berjumlah RM20.8 juta.

MyCC kemudiannya akan mempertimbangkan representasi yang dikemukakan bersama bukti yang dikumpul dalam proses penyiasatan seterusnya mengeluarkan Keputusan Akhir sama ada terdapat dapatan pelanggaran atau tiada pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010.

Kartel tipuan bida ini disifatkan sebagai pelanggaran yang paling serius
dalam perundangan persaingan. Dengan mendedahkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap perusahaan-perusahaan yang terlibat dengan kartel tipuan bida ini, MyCC menyasarkan untuk memastikan wujudnya peluang yang sama rata untuk setiap pemain pasaran dalam mencegah ketirisan dana kerajaan.

Siaran Media MyCC penuh: https://www.mycc.gov.my/sites/default/files/pdf/newsroom/%5BFINAL%5D%20Siaran%20Media%20-%20MyCC%20MENGELUARKAN%20KEPUTUSAN%20CADANGAN%20TERHADAP%20TUJUH%20PERUSAHAAN%20BAGI%20TIPUAN%20BIDA.pdf

image

Baru kita tahu rupa-rupanya 'Produk Malaysia' dan 'Buatan Malaysia' tidak mempunyai maksud yang sama. Tapi, selagi barang dan perkhidmatan itu adalah keluaran tempatan, wajiblah untuk kita sokong dan beli, kan?

Ayuh, kita ke Karnival Barangan Malaysia yang sedang berlangsung dari 13 hingga 17 Disember 2023 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall Putrajaya.

Barang Baik, Barang Kita!

Sub-kategori