16 Mac 2022 - Susulan isu yang tular di media sosial berhubung sotong ring sejuk beku yang dikatakan mengandungi rektum babi, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil maklum dan menjalankan pemeriksaan.
Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa Bahagian Penguat Kuasa KPDHEP telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bharu.
Hasil sisatan mendapati beberapa produk ditemukan dan pihak KPDNHEP telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut. Sampel produk tersebut juga telah dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia bagi mengenalpasti produk tersebut mengandungi DNA babi atau sebaliknya.
Rentetan itu, Jabatan Kimia telah mengemukan hasil ujian dan telah mengesahkan bahawa tiada DNA badi dikesan di dalam sampel terbabit.
YB Menteri juga turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat-maklumat terutama dalam media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat dinasihatkan supaya membuat aduan di saluran rasmi kementerian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat