Pengenalan
Mengikut Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Peraturan 3A (2) Peraturan Kemajuan Petroleum 1974 telah memperuntukkan “Permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa jua urusan memasarkan atau mengedarkan petroleum atau keluaran petroleum di bawah seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 hendaklah dibuat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup”.
KPDN mengawal selia aktiviti pemasaran dan pengedaran bahan-bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum ini melalui empat (4) jenis Kebenaran PDA yang dikeluarkan berdasarkan aktiviti berikut:
- Pengusahaan stesen minyak/skid tank/mengambil alih stesen minyak/portable container system (PDA 1)
- Menjalankan perkhidmatan bunkering (PDA 2)
- Menjalankan perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum (PDA 3)
- Memasar borong bahan-bahan berasaskan petroleum/LPG (PDA 4)
Cara Memohon
Permohonan untuk Kebenaran PDA boleh dibuat dengan menggunakan borang-borang sepertimana pautan seperti berikut:
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Garis Panduan Permohonan Kebenaran PDA | Lihat |
2 | Surat Makluman Pemakaian Borang Baru | Lihat |
3 | Garis Panduan Pengisian BLESS | Lihat |
4 | Borang KPDN/PDA/KOMERSIL
Digunakan untuk permohonan :
|
Lihat |
5 | Borang KPDN/PDA/ BORANG KPDN/PDA1/PDA(1A)/CSA RUNCIT KOMPOSIT
Digunakan untuk permohonan:
|
Lihat |
6 | Borang PDA 5
Digunakan bagi permohonan:
|
Lihat |
7 | Borang PDA (DN V.2018)
Digunakan bagi Pembaharuan:
|
Lihat |
Pertanyaan
Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan Kebenaran PDA atau aktiviti-aktiviti pengedaran dan pemasaran barangan petroleum hendaklah dikemukakan kepada :
Seksyen Perlesenan Petroleum
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,Malaysia.
No. Telefon : 03-8882 6606